Sunday, April 20, 2014

HAID DAN ISTIHADAH



Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari: 

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.”

Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu 'anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:

“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]


  Terdapat tiga cara bagi membezakan antara darah haid dan istihadah:

Pertama:

Wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.
Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.

‘A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 325 (Kitab al-Haid)]

Hal yang sama pernah berlaku kepada Umm Habibah binti Jahsy radhiallahu ‘anha dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

“Duduklah (dalam keadaan haid) sekadar mana yang pernah kamu alami dari hari-hari haid kamu (yang biasa), kemudian hendaklah kamu mandi dan solat”. [Shahih Muslim – no: 334 (Kitab al-Haid)]

Kesimpulannya, bagi wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya), hendaklah dia mengira masa haidnya mengikut kebiasaan. Jika ada pendarahan pada hari-hari seterusnya, hendaklah dia mandi dan solat mengikut ukuran masa haidnya yang biasa. Tidak perlu diberi perhatian kepada pendarahan pada hari-hari seterusnya kerana itu adalah istihadah.

Kedua:

Wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.

Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:
q                Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
q                Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:

“Apabila darah itu adalah haid maka sesungguhnya ia hitam (lagi) dikenali, justeru hendaklah kamu menahan dari melakukan solat. Jika ia adalah (darah) selain itu maka hendaklah kamu berwudhu’ dan mendirikan solat kerana sesungguhnya ia adalah (darah) penyakit.” [Sunan Abu Daud – no: 247 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Nasa’i dengan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim]

Hadis di atas memiliki perbincangan dari sudut sanad dan matannya, akan tetapi para ilmuan rahimahumullah telah beramal dengannya. Bahkan ia adalah lebih utama daripada membiarkan persoalan ini kepada adat kebiasaan wanita.[1]

Ketiga:

Wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.
Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya. Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.

Hadis berikut menjadi rujukan dalam kes ketiga ini. Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang didatangi istihadah yang amat banyak, apakah pandangan engkau berkenaannya? Sesungguhnya ia menegah aku daripada mendirikan solat dan puasa.”
Rasulullah menjawab: “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”
Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.” [Sunan Abu Daud – no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

Sabda Rasulullah: “Enam atau tujuh hari” bukanlah penetapan tetapi ijtihad. Oleh itu hendaklah setiap wanita yang menghadapi kes ketiga ini berijtihad akan satu tempoh haid yang sesuai baginya. Ijtihad dibuat dengan merujuk kepada tempoh haid yang lazim dihadapi oleh para wanita lain yang menghampiri dirinya, seperti daripada keluarga atau adik beradik yang sama, rakan-rakan yang sebaya umurnya dan lain-lain lagi.[2]



Demikian tiga cara yang paling lazim bagi membezakan antara darah haid dan  istihadah. Sebagai penjelasan tambahan, kadang-kala berlaku pendarahan yang  disalah anggap sebagai istihadah. Kesalahan ini boleh berlaku dalam dua kes:

Pertama:

Wanita  yang mengetahui dengan jelas bahawa dia tidak akan didatangi haid lagi, seperti  setelah melakukan pembedahan yang melibatkan pemotongan atau ikatan rahim. Maka  baginya, yang mengalir keluar bukanlah istihadah tetapi al-Sufrah (cecair  kekuningan) dan al-Kudrah (cecair kekeruhan antara kuning dan hitam) atau  basahan. Maka hendaklah dia mendirikan solat dan puasa, serta boleh bersetubuh  dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mandi (mandi wajib) kerana darah yang  keluar tersebut.
Akan  tetapi hendaklah dia membasuh faraj serta mengikatnya dengan kain[3]  supaya dapat mencegah darah daripada mengalir keluar. Bagi setiap solat  fardhu, hendaklah dia berwudhu’ sesudah masuk waktu kemudian terus bersolat.  Bagi setiap solat sunat, hendaklah dia berwudhu’ apabila sahaja hendak  mendirikannya.[4]


Kedua:

Wanita  yang tidak tahu secara jelas sama ada dia akan didatangi haid atau tidak. Maka  baginya, pendarahan yang berlaku dianggap sebagai haid dan istihadah, dibezakan  dengan tiga cara yang telah disebut di atas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah  binti Abi Hubaisy:

  “Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka  apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.”
[Shahih  al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]

Sabda  Rasulullah: “…Maka apabila datang haid…” menjadi petunjuk yang membezakan  antara haid dan istihadah. Maka bagi seorang wanita yang mungkin baginya untuk  datang haid, maka hendaklah dia membezakan antara haid dan istihadah sepertimana  tiga cara yang disebut di atas. Bagi wanita yang tidak mungkin didatangi haid  maka yang wujud hanyalah ‘Irq (penyakit) dalam apa jua keadaan sekalipun.


Hukum-Hukum Istihadah.

Sebelum  ini dalam Bab 4 kita telah bahas hukum-hukum yang diwajibkan ke atas wanita yang  sedang haid. Kini kita akan bahas pula hukum-hukum yang diwajibkan ke atas  wanita yang beristihadah. Apabila seorang wanita telah memastikan bahawa dia  sedang mengalami pendarahan istihadah dan bukan haid, maka hukum-hukum yang  diwajibkan ke atasnya adalah sama sepertimana wanita yang suci kecuali  dalam tiga perkara berikut:

Pertama:

Wanita  yang beristihadah wajib berwudhu’ setiap kali hendak solat. Ini berdasarkan  sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi  Hubaisy radhiallahu 'anha di dalam Shahih al-Bukhari – no: 228: “Kemudian hendaklah kamu berwudhu’ pada setiap solat.” Hadis ini  memberi makna bahawa dia tidak berwudhu’ untuk solat yang berwaktu kecuali  selepas masuk waktunya. Adapun bagi solat yang tidak berwaktu (solat sunat) maka  dia berwudhu’ ketika hendak melaksanakannya.

Kedua:

Apabila  wanita yang beristihadah hendak berwudhu’, hendaklah dia membasuh kesan darah  dan mengikat farajnya dengan cebisan kain yang dilapik dengan kapas supaya dapat  menahan darah.[5]  Ini berdasarkan sabda Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam kepada  Himnah radhiallahu 'anha

  “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang  diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.” 

Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”. 

Rasulullah bersabda: “Maka hendaklah kamu mengekangnya (mengikatnya)….” [Sunan  al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan beliau berkata: Hadis  ini hasan sahih]

Apa  yang keluar (apa-apa pendarahan) selepas itu tidaklah memudaratkan (tidak  membatalkan wudhu’) berdasarkan hadis berikut riwayat Ahmad dan Ibn Majah: 

  “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku seorang wanita yang mengalami istihadah  sehingga aku tidak suci, apakah aku patut meninggalkan solat? Tidak, hendaklah  kamu jauhi solat pada hari-hari haidmu (sahaja) kemudian hendaklah kamu mandi  dan berwudhu’ untuk setiap solat kemudian dirikanlah solat walaupun darah  menitis jatuh ke atas tikar.”[6]
[Musnad  Ahmad – no: 25681 dan disahihkan oleh Syu‘aib al-Arnauth]


Ketiga:

Bersetubuh, maka para ilmuan berselisih pendapat mengenai kebolehannya. Pendapat  yang sahih adalah ianya harus (dibolehkan) tanpa sekatan berdasarkan sebab-sebab  berikut:

  •       Merupakan satu kelaziman bagi para wanita pada zaman Rasulullah shallallahu    'alaihi wasallammengalami istihadah. Akan tetapi Allah dan Rasul-Nya    tidak pernah menegah para suami daripada menyetubuhi isteri mereka.

2.      Allah   Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh  dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu[al-Baqarah 2:222] 

Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke  atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.



  •    Jika    diharuskan solat bagi wanita yang beristihadah, maka sudah tentu diharuskan    juga bersetubuh kerana bersetubuh adalah sesuatu yang lebih kecil berbanding    solat.
Pendapat yang melarang bersetubuh mengqiyaskan wanita yang beristiadhah dengan  wanita yang haid. Ini adalah qiyas yang tidak benar kerana wanita istihadah dan  wanita haid adalah dua kes yang saling berlainan.



huraian pada tanda-tanda nombor di atas : 

[1]           Maksudnya, jika persoalan ini dibiarkan kepada adat kebiasaan wanita, ia akan terdedah kepada pelbagai pendapat dan hukum yang tidak benar. Justeru lebih baik menggunakan hadis di atas sebagai rujukan. Sekalipun ia memiliki perselisihan pendapat dari sudut kekuatannya, maksudnya tetap selari dengan lain-lain petunjuk syari‘at sehingga menjadi amalan para ilmuan sejak dari dahulu. (penyunting)
[2]           “Para wanita lain” ini hendaklah memiliki tempoh dan putaran haid yang normal. Sebagai contoh, jika seorang wanita menghadapi kes ketiga ini, hendaklah dia merujuk kepada tempoh dan putaran haid yang lazim bagi adik beradiknya yang lain. Jika mereka didatangi haid selama 10 hari setiap satu bulan, maka tempoh 10 hari tersebut menjadi ukuran bagi dirinya juga. Maka bagi pendarahan berterusan yang dihadapinya, 10 hari setiap bulan dianggap sebagai haid manakala selebihnya dianggap istihadah. (penyunting)
[3]           Atau tuala wanita (penyunting).
[4]           Maksudnya, satu wudhu’ bagi satu solat. Hukum ini khusus sebagai satu kemudahan (rukhsah) untuk kes ini sahaja supaya apa-apa yang mengalir keluar dari faraj tidak dikira membatalkan solat. Justeru tidak boleh menggunakan wudhu’ yang sama untuk dua solat, seperti menggunakan wudhu’ yang sama untuk menunaikan solat Maghrib dan “menyimpannya” untuk solat Isya’ kemudian. Juga tidak boleh berwudhu’ jauh sebelum waktu solat, seperti mengambil wudhu’ pada pukul 6 petang untuk solat Maghrib pada pukul 7.30 malam. (penyunting)
[5]           Atau dengan memakai tuala wanita. (penyunting)
[6]           Musnad Ahmad – no: 25681 dan disahihkan oleh Syaikh Syu‘aib al-Arnauth. (penyunting)
Read More...

Monday, July 29, 2013

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar




 

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  • Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Read More...

Penjelasan Sains Kenapa 1 Malam Lailatul Qadar Lebih Mulia Dari 1000 Bulan



Manfaatkan malam Ramadhan untuk memperluas ilmu dan membangun keyakinan, Mengapa Ramadhan?
Dalam Islam kita mengenali kewujudan 4 bulan suci, iaitu Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab. Ramadhan yang bererti panas tidak termasuk sebagai bulan suci. Mengapa Ramadhan dipilih untuk puasa sebulan penuh?

Dalam ilmu astronomi, Radiasi Matahari memiliki siklus 11 tahun. Tahun 2007 sendiri merupakan pengakhiran dari siklus ke 23 sejak pengamatan pertama pada abad 18.


Bumi dilindungi Magnestosphere, sehingga kesan gelombang radiasi tidak terjadi pada sisi bumi yang menghadap matahari (siang hari).


Ketika gelombang radiasi matahari datang, kesannya terasa pada bahagian bumi yang membelakangi matahari (malam hari).


Radiasi di malam hari mempengaruhi tahap getaran otak.


Radiasi dan daya tarikan graviti bulan purnama meningkatkan permukaan air laut dan kehidupan makhluk laut di malam hari. Juga menarik air dalam membran otak dan lebih menggetarkan sel-sel otak. Getaran sel otak menggambarkan tahap  kesedaran dan aktiviti otak.
Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat 3 hari “shaumul biidh” pada ketika bulan penuh setiap tanggal 13,14, dan 15 bulan-bulan Hijriyah dan menghidupkan malam-malamnya.
Tahap radiasi ini bervariasi antara 0-100,000 dan di skala S1-S5 oleh NOAA
Berdasarkan kajian  , radiasi sebesar 1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 terjadi 10 kali dalam satu siklus 11 tahun, atau terjadi setiap 13 bulan sekali. Radiasi sebesar1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 ini digolongkan dalam skala S3, dan mulai berbahaya bagi manusia sebesar 1 chest x-ray.
Radiasi dengan siklus 11.7 bulan (1 tahun hijriyah) adalah sebesar 800 MeV particles s-1 ster-1 cm-2.
Mengarah pada hipotesis malam Lailatul Qadar Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al Qadr 97:3).

Building Block
  • Siklus satu tahunan (hijriyah) bernilai 1000 x bulan purnama.
  • Malam yang nilainya 1000 bulan purnama adalah Lailatul Qadr.
  • Lailatul Qadr terjadi di bulan Ramadhan.
  • Jadi siklus badai matahari yang berulang setiap satu tahun (hijriyah) terjadi setiap bulan Ramadhan.
Itulah sebabnya
  • Sejarah para nabi menunjukkan bahawa mereka senang merenungkan hakikat kehidupan, bertapa, pada setiap bulan Ramadhan.
  • Secara
    umum wahyu-wahyu tentang ajaran agama yang memerlukan tahap pemahaman
    yang tinggi, banyak diturunkan di malam-malam bulan Ramadhan.
  • Penataan
    ayat-ayat Al Quran ke dalam surah-surah seperti yang wujud ketika ini,
    dilakukan Nabi Muhammad pada malam-malam bulan Ramadhan.
  • Umat Islam diajak untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.
  • Lebih utama adalah i’tiqaf di masjid pada 10 malam terakhir, pada malam-malam sebelum dan setelah Lailatul Qadr.

Tenaga tambahan untuk pembelajaran di bulan Ramadhan
  • Untuk dapat beribadah pada malam Ramadhan diperlukan tenaga ekstra.
  • Kenyataannya puasa siang hari bukanlah menyebabkan tubuh kekurangan / kehabisan tenaga.
  • Oleh itu puasa menggunakan 10% tenaga tubuh  kerana tidak digunakan untuk mencerna makanan.
  • Tenaga yang diguna ini sangat membantu pemahaman pelajaran di malam hari.

Three in One di bulan Ramadhan
  1. Efektif memahami Al Quran di malam hari.
  2. Detoksifikasi dan Manajemen Tenaga di siang hari.
  3. Kembali fitrah setelah berpuasa 28 hari berturut-turut.

Manfaatkan malam-malam Ramadhan
  • Untuk dapat
    dengan mudah memahami makna kehidupan secara komprehensif dan benar,
    manfaatkan kecerdassan otak di kesunyian malam Lailatul Qadar.
  • Untuk mendapat pemahaman lebih luas, malam-malam di sekitar Lailatul Qadr (10 malam terakhir Ramadhan).
  • Lebih baik lagi kalau dimulai malam pertama Ramadhan.
  • Hasil renungan malam ini harus dapat kita implementasikan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Nikmat hidup akan diperoleh jika kita berkontribusi positif kepada kehidupan dunia dengan berserah diri kepadaNya.
  • Nikmat kehidupan akhirat akan diperoleh bila kita mampu selalu menikmati dan mensyukuri kehidupan dunia.


Artikel mengenai Lailatul Qadar ini dipetik dari buku tulisan Rajendra Kartawiria, Quranic Quotient Centre
Read More...

Monday, July 22, 2013

100 Keyboard Shortcuts



Korang mesti tau keyboard shortcuts kan? Ala.. takkan tak tau CTRL + C, CTRL + V.. Copy paste.. Student konpem terer copy paste.. Tapi ada banyak lagi shortcuts yang mungkin korang tak tau.. Ni aku nak share..


The General Shortcuts
CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
Delete (Delete)
Shift+Delete (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+Shift while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+Shift with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
Shift with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
Alt+Enter (View the properties for the selected item)
Alt+F4 (Close the active item, or quit the active program)
Alt+Enter (Display the properties of the selected object)
Alt+Spacebar (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
Alt+Tab (Switch between the open items)
Alt+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
Shift+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
Alt+Spacebar (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
Alt+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
Backspace (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
Shift when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box Keyboard Shortcuts

CTRL+Tab (Move forward through the tabs)
CTRL+Shift+Tab (Move backward through the tabs)
Tab (Move forward through the options)
Shift+Tab (Move backward through the options)
Alt+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
Enter (Perform the command for the active option or button)
Spacebar (Select or clear the check box if the active option is a check box)
Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
F1 key (Display Help)
F4 key (Display the items in the active list)
Backspace (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

Win (Display or hide the Start menu)
Win+BREAK (Display the System Properties dialog box)
Win+D (Display the desktop)
Win+M (Minimize all of the windows)
Win+Shift+M (Restore the minimized windows)
Win+E (Open My Computer)
Win+F (Search for a file or a folder)
CTRL+Win+F (Search for computers)
Win+F1 (Display Windows Help)
Win+ L (Lock the keyboard)
Win+R (Open the Run dialog box)
Win+U (Open Utility Manager)

Accessibility Keyboard Shortcuts

Right Shift for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
Left Alt+left Shift+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
Left Alt+left Shift+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
Shift five times (Switch the StickyKeys either on or off)
NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
Win +U (Open Utility Manager)

Windows Explorer Keyboard Shortcuts

END (Display the bottom of the active window)
HOME (Display the top of the active window)
NUM LOCK+* (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
NUM LOCK++ (Display the contents of the selected folder)
NUM LOCK+- (Collapse the selected folder)
LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map

After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
UP ARROW (Move up one row)
DOWN ARROW (Move down one row)
PAGE UP (Move up one screen at a time)
PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
HOME (Move to the beginning of the line)
END (Move to the end of the line)
CTRL+HOME (Move to the first character)
CTRL+END (Move to the last character)
Spacebar (Switch between Enlarged and Nor mal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts

CTRL+O (Open a saved console)
CTRL+N (Open a new console)
CTRL+S (Save the open console)
CTRL+M (Add or remove a console item)
CTRL+W (Open a new window)
F5 key (Update the content of all console windows)
Alt+Spacebar (Display the MMC window menu)
Alt+F4 (Close the console)
Alt+A (Display the Action menu)
Alt+V (Display the View menu)
Alt+F (Display the File menu)
Alt+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts

CTRL+P (Print the current page or active pane)
Alt+- (Display the window menu for the active console window)
Shift+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
F5 key (Update the content of all console windows)
CTRL+F10 (Maximize the active console window)
CTRL+F5 (Restore the active console window)
Alt+Enter (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation

CTRL+Alt+END (Open the micro$oft Windows NT Security dialog box)
Alt+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
Alt+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
Alt+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
Alt+HOME (Display the Start menu)
CTRL+Alt+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
Alt+Delete (Display the Windows menu)
CTRL+Alt+- (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
CTRL+Alt++ (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing Alt+PRINT SCREEN on a local computer.)

Internet Explorer navigation

CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
CTRL+E (Open the Search bar)
CTRL+F (Start the Find utility)
CTRL+H (Open the History bar)
CTRL+I (Open the Favorites bar)
CTRL+L (Open the Open dialog box)
CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
CTRL+P (Open the Print dialog box)
CTRL+R (Update the current Web page)
CTRL+W (Close the current window)
Read More...