Friday, October 5, 2012

Ketahui Rahsia Di Sebalik Tanda Tangan




Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan boleh menujukkan personaliti seseorang. 

Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.


❈ bagaimana dengan tanda tangan anda?
Read More...

Erti gerak geri dalam solat





1 – Niat Sembahyang :
Setiap perbuatan yang dikira itu berdasarkan niat. Niat baik dibalas baik, niat buruk dibalas buruk. Sesungguhnya Allah Maha Menguasai hari pembalasan.

2 – Berdiri Betul :
Tegakkanlah agama Allah dengan lurus. Kebenaran itu lurus sahaja. Bila ada bukti sesuatu itu benar yang akal kita sendiri mengakuinya, maka benarlah ia biarpun sepahit mana hati kita menerima. Yang menyebabkan hati kita rasa panas bila mendengar sesuatu kebenaran kerana masih ada syaitan yang tersembunyi. Syaitan ini ego untuk menerima kebenaran.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Meluahkan rasa Kebesaran Allah agar hati bergetar takut kepadaNya biar pun kita tidak melihat Dia dengan dengan mata kasar. Semakin kita rasa getaran KeagunganNya, semakin mata hati kita terbuka sehingga satu tahap kita seperti melihatNya di hadapan (ihsan).

4 – Fatihah :
Pembukaan hati dan minda untuk berbicara denganNya. Kita berbicara denganNya menggunakan akal yang waras, sehingga turunnya ilham-ilham yang nyata (bukannya bayangan kosong) yang mampu memudahkan hidup kita. Ini akan mententeramkan jiwa dan mendamaikan rasa. Secara tidak langsung kita boleh mempertingkatkan kekuatan akal kita. Lemahnya sesuatu umat kerana gagal menyediakan generasi yang bijak berfikir.

5 – Ruqu’ :
Setelah kita dapat ilham-ilham itu, tundukkan diri kepada Allah kerana ilham itu datang daripadaNya. Bukankah Allah yang mengilhamkan kepada manusia jalan kebaikan atau jalan kefasikan?
Kita menundukkan diri kepada Allah melalui akal. Jika mulut sahaja manis mengaku Islam tetapi akal tidak dibangunkan, tidaklah bermakna erti keIslaman kita itu. Jadilah kita umat Islam yang mudah diperkotak-katikkan seperti sekarang.
Bukankah para Nabi itu di kalangan orang-orang yang bijak lagi berhikmah? Sudahkah kita menjadi seperti mereka untuk membuktikan kita orang-orang yang menurut sunnah mereka?

6 – I’tidal :
Setelah kita merendahkan diri kepada Allah dengan mendepankan akal mengadapNya (bukannya menurut nafsu menurut membuta-tuli), bangkitlah untuk menyampaikan seruan agar semua manusia membangunkan akal untuk merasai KeagunganNya.
Untuk menyeru manusia kepada Allah, perindahkanlah akhlak sendiri, bukannya mencari keburukan orang lain. Pengajaran yang terbaik kepada manusia lain adalah dari contoh dari diri sendiri. Itulah Rasulullah lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang tersembunyi di dalam hati dan apa yang kita kerjakan.

7 – Sujud :
Setelah menyampaikan seruan mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah, bersyukurlah kita dengan merendahkan diri kepadaNya. Ini dapat melatih hati kita supaya tidak riak bahawa kita seorang sahaja yang benar dan orang lain semuanya tidak betul.
Wujudnya berpuak-puak dalam kehidupan umat Islam sekarang kerana adanya perasaan riak dan sombong sehingga satu puak rasa dia sahaja betul ikut Islam, dan menghukum puak lain tidak betul. Kalau macam ini, bila lagi umat Islam hendak bersatu?
Rendahkanlah keegoan masing-masing. Berlapang dadalah menerima perbezaan pendapat yang masing-masing ada rasional yang tersendiri. Sesungguhnya Islam itu agama yang luas bukannya sempit.
Selepas kita menyampaikan sesuatu seruan, serahkanlah kepada Allah. Oleh kerana kita menyambung dakwah Rasulullah, tugas kita hanyalah menyampai sahaja berdasarkan logik yang nyata. Bukan untuk menghukum orang.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Sentiasalah duduk bermuzakarah berbincang untuk mencari penyelesaian masalah. Bukannya untuk mencari kesalahan orang lain. Sebagai sebahagian daripada masyarakat Islam, masalah umat adalah masalah dari dalam diri kita sendiri.
Duduk bermuhasabah diri untuk mencari di mana silapnya diri kita sehingga menyumbang kepada perpecahan ummah. InsyaAllah, jika kita duduk dengan tenang hati, Allah akan buka pekung di dada kita. Itu pun bergantung kesanggupan kita mengakui kesalahan sendiri. Jika masa dalam solat ini pun hendak ego dan tidak boleh mengakui kesilapan sendiri, apa ertinya solat kita? Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi berbangga diri.

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Kita duduk di atas dunia ini bukan selama-lamanya. Jika ada permulaan, adalah pengakhirannya. Gunakanlah masa hidup di dunia untuk mencari erti ketenangan dan kedamaian jiwa. Kejayaan kita menyinari hidup sehingga kita rasa bahagia akan menjernihkan wajah dan melambatkan penuaan. Bukankah ahli-ahli syurga itu muda-muda orangnya?
Wajah cepat tua jika dalam hati ada rasa marah, tertekan dan suka mencari permusuhan. Mungkin kerana itu wajah kita umat Islam sekarang jadi cepat tua kerana hidup hanya hendak bertelagah atas rasa kononnya hendak perjuangkan Islam.
Islam diperjuangkan dengan memperindahkan akhlak sendiri, kemudian sampaikan apa yang kita lakukan yang menyebabkan jiwa kita rasa tenang dan bahagia ini. Kerana kita sudah pun mengamalkan apa yang kita kata.

10 – Tahhiyat Akhir :
Solat adalah pembukaan kepada kehidupan. Tahhiyat akhir itu bukan bererti kita berpisah dengan Allah, tetapi bermulanya waktu kehidupan selepas bersolat itu untuk sentiasa berfikir memujiNya. Bukannya selepas solat kita terus lupa dan sibuk mengejar duniawi.
Kita sentiasa memperbaiki akuan akidah kita dengan mengEsakan Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung harap, bukan selainNya. Barulah perjalanan hidup kita rasa dilindungiNya dan mententeramkan jiwa. Bila diuji dengan tekanan hidup, kita tidak menyalahkan orang lain, tetapi menyalahkan diri sendiri. Itulah jiwa yang redha dengan takdir Allah.
Dan memperbetulkan persepsi kepada Rasul kita bahwa baginda hanyalah pemberi peringatan kepada kita sahaja. Sekadar cakap nak tegakkan sunnah Rasulullah, tetapi akhlak jauh dari akhlak baginda (Al Quran), tidakkah itu menandakan kita hanya bermuka-muka sahaja?

11 – Selawat Nabi :
Jiwa orang yang beriman terdahulu biar pun telah meninggal dunia, mereka tetaplah hidup lagi mendapat rezeki. Selawat yang disampaikan kepada mereka sebenarnya untuk kita sendiri, kerana segala amal-amal soleh yang kita buat itu untuk diri kita sendiri. Kita mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana, samalah kita mendoakan kesejahteraan diri kita sendiri. Bukankah sesama golongan itu bersatu hatinya? Hati akan bersatu bila mencapai kesatuan akal. Akal boleh disatukan bila berfikir dengan nyata (logik)

12 – Salam :
Bermulalah perjalanan hidup kita untuk memasuki perjuangan agama Allah. Kita menoleh kanan dan kiri sebagai keseimbangan akal. Jika kita melihat pada satu segi tanpa menilai sudut yang lain, kita tidak mampu menilai dengan betul. Macam hendak melintasi jalan dengan selamat, kita kena toleh kanan dan kiri. Begitulah juga untuk hidup dengan selamat.
Lihat beza kehidupan bangsa-bangsa yang maju yang tenang dan kehidupan umat Islam yang terhimpit lagi suka berpecah-belah. Kita akan nampak apa yang tersembunyi dalam hati yang menyebabkan kita jadi umat yang lemah.
Selepas bersolat itu, kita akan bersemangat untuk memperbaiki hidup kita menjadi manusia yang merendah diri dan berfikiran tinggi. Tiada lagi beragama secara menurut membuta-tuli, tetapi akal berterbangan bebas seperti camar yang bersayap seimbang. Gunakanlah pertimbangan akal yang waras dalam menempuhi kehidupan. Barulah hidup dalam keadaan selamat.

13 – Tertib :
Hidup perlukan kesabaran dan kesederhanaan. Tidak terlalu lambat dan tidak terlalu tergesa-gesa. Bergerak dalam keadaan tenang dan sesuai dengan keselesaan masing-masing. Kerana untuk mendapat ilham-ilham yang kreatif dan innovatif, kita perlukan perjalanan hidup yang tenang, bukannya tertekan.
Lakukan sesuatu perkara ikut urutan yang logik. Umpamanya hendak gemilangkan Islam kembali, kenalah bermula dengan muhasabah diri dulu seperti Rasulullah memencilkan diri dalam gua Hira’. Kemudian bangunkan akal fikiran. Kemudian barulah sampaikan segala buah fikiran kita berdasarkan logik kepada manusia lain agar mereka berfikir sama. Bukannya dengan cara mengutuk dan mencaci-maki. Bukannya dengan cara peperangan dan bertelagah sesama sendiri.


p/s: Pendapat ini berdasarkan logik yang boleh kita fikirkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam supaya Islam tidak menjadi agama yang lesu lagi…Perbezaan pendapat bukannya untuk bermusuhan tetapi untuk merasai Keagungan Allah yang memiliki rahmat yang luas. Kalau kita rasa pendapat kita sahaja betul, dan pendapat orang lain salah, itu menunjukkan kesombongan diri seolah-olah rahmat Allah itu sempit.
Orang-orang beriman suka kepada perbezaan pendapat kerana ia akan membuka mindanya untuk berfikir dari sudut yang berbeza yang tetap ada rasionalnya di samping membuang egonya. Kerana itulah Rasulullah suka bermuzakarah dengan para sahabatnya. Islam digemilangkan dengan sama-sama berani mengemukakan pendapat masing-masing biarpun berbeza. Bukannya si murid mendengar ajaran tok gurunya secara membuta-tuli sehingga umat menjadi lembab otaknya.


Read More...

Tiga golongan manusia yang hampir melangkah ke dalam Syurga tetapi di sekat





Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka………

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?” Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?” Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”
Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?” Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

(Sumber:  Kisah Teladan)
Read More...

Sunday, September 30, 2012

Waktu yang sesuai untuk bersenam



Pasti ada yang tertanya-tanya pada waktu bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersenam. Pagi hari, petang atau malam? Tapi semuanya bergantung kepada gaya hidup masing-masing. Ada yang suka bangun pagi dan ada juga yang selesa berjaga di waktu malam. Di sini terdapat beberapa tips waktu yang sesuai untuk bersenam yang boleh kita kongsi:


1. Seawal burung di waktu pagi

Bersenam di waktu pagi kebiasaannya menjadi waktu yang terbaik untuk bersenam bagi kebanyakan orang. Senaman pagi ibarat secawan kopi yang menyegarkan kita di pagi hari.

- Ia dapat membantu proses senaman yang konsisten kerana kurangnya gangguan.
- Tenaga dan juga ketajaman minda akan bertambah untuk melaksanakan tugas seharian.
- Ia juga meningkatkan metabolisma dalam badan yang membantu membakar kalori di awal pagi.
Tetapi, suhu badan anda adalah di tahap yang rendah. Otot anda juga masih sejuk dan perlu di panaskan sebelum bersenam. Jika anda bukan seorang yang suka bangun pagi, pastinya sukar bagi anda.


2. Tengahari atau masa rehat

Masa ini adalah masa yang juga sesuai untuk bersenam kerana suhu badan kita adalah di tahap yang ideal dah otot kita berada dalam kekuatan yang tinggi.

- Ia dapat meningkatkan prestasi senaman dan juga mengurangkan kecederaan disebabkan otot yang sudah di panaskan melalui aktiviti seharian.
- Kadar kepenatan juga lebih rendah dan yang paling penting, dapat membantu mengurangkan jumlah makanan yang di ambil semasa tengahari.
Tetapi, kekangan masa akan menyebabkan anda tidak dapat melakukan senaman dengan sepenuhnya. Komitmen dan juga gangguan lain juga sedikit sebanyak mengganggu proses senaman. Paru-paru juga tidak berfungsi dengan baik pada waktu tengahari yang akan menjejaskan prestasi aerobik. 


3. Petang atau malam

Kebiasaan bagi semua, suhu badan dan kadar hormon di aras yang tertinggi pada pukul 6PM.  Otot juga menjadi fleksibel dan panas. Paru-paru turut berfungsi dengan baik pada waktu ini. 

- Bersenam pada waktu ini dapat mengurangkan stess yang di alami pada siang hari.
- Paling penting, bersenam sebelum waktu makan juga adalah langkah yang bijak untuk mengawal kadar makanan yang akan di ambil.
Tetapi, bersenam di waktu malam mungkin menyebabkan sesetengah orang sukar untuk tidur. Gangguan juga banyak berlaku seperti kekangan masa bersama keluarga dan sebagainya. Gangguan yang berpanjangan akan menyebabkan anda berasa tidak selesa dan kurang tumpuan.

Jadi, apakah waktu yang paling sesuai untuk anda bersenam? Bijaklah dalam mengatur langkah ke arah kesihatan yang terjamin.



sumber :   kevinzahri.com

Read More...