Thursday, July 4, 2013

Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat



Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat. Kali ini saya nak kongsi (saya jumpa tips ni dari sebuah blog) cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah..


1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.

10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan 
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

Moga bermanfaat.
Read More...

7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali



Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.



Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?


(1) Minum terlalu banyak minuman manis

Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.


(2) Makan makanan bertin

Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.


(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.


(4) Tidak makan sayur-sayuran

Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.


(5) Tidak minum teh kurang gula

Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.


(6) Kurang minum air masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah air masak terlebih dahulu.


(7) Kebosanan

Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.



Di harap setelah mengetahui punca kenapa anda makan banyak boleh lah anda cuba untuk mengelak perkara perkara ynag boleh merosakkan diet anda dan juga menambah berat badan anda.
Read More...

5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan



Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.
1- Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.

2- Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.

3-Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.

4-Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.

5-Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.

Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda. :)
Read More...

10 Tips Tingkatkan Metabolisma Tubuh



Metabolisma dalam badan adalah bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mengalami metabolisma tinggi dan ada yang sebaliknya. Apabila kita menjengah umur 20-an ke atas atau pun mula menjengah 40-an ke atas kadar metabolisma kita akan mula menurun dan kita akan nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu. Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak lagi.

Bayangkan anda telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila anda termakan lebih sedikit sahaja berat anda cepat meningkat dan tidak menunjukkan penurunan. Adakah ini merisaukan? Bukan sahaja membuatkan anda risau, malah anda akan hilang motivasi untuk terus berdiet.

Kadar metabolisma ini bergantung kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Yang muda lebih mudah untuk membakar kalori berbanding yang sudah berumur. Walaupun anda tidak boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yang boleh tingkatkan metabolisma anda.

1. Bina otot
Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yang lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2 kalori sahaja sehari. Perbezaan yang kecil ini akan semakin ketara dengan masa. Apabila anda melakukan aktiviti angkat berat, otot anda akan bekerja keras dan akan menambar kadar metabolisma ketika anda rehat.

2. Tingkatkan jenis senaman anda
Senaman aerobik mungkin tidak membantu anda membina otot yang lebih besar, tetapi ia dapat tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman. Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yang ‘high intensity’ memberikan anda pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa. Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yang singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym, lakukan senaman yang lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan.

3. Banyakkan minum air.
Badan perlukan air untuk proses kalori. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, kadar metabolisma anda akan jadi perlahan. Di dalam kajian yang telah dijalankan, seseorang yang minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yang minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari.

4. Minum minuman yang berais.
Badan akan cuba memproses untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya anda minum air suam yang berais. Untuk meningkatkan suhu air tersebut memerlukan tenaga, dan dari situ tubuh badan anda akan cuba membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan setiap hari. Anda juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak mempunyai gula.

5. Makan dengan lebih kerap.
Makan banyak sudah pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu anda meningkatkan kadar metabolisma. Apabila anda hanya makan 3 kali sehari sudah pasti anda mengambil satu porsi yang besar berbanding dengan makan lebih daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan anda akan turut juga menurun. Apabila anda mengambil makanan dengan lebih kerap anda dapat mengekalkan metabolisma badan anda daripada jatuh. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.

6. Pedaskan makanan anda.
Makanan yang pedas mempunyai bahan kimia yang mampu ‘kick’ metabolisma kepada gear yang lebih tinggi. Kesannya mungkin sekejap tetapi apabila anda berterusan makan makanan yang agak pedas, kesannya akan bertambah.

7. Tinggikan protein dalam makanan.
Badan memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadap makanan yang bersumberkan protein berbanding makanan yang bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25% lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun anda inginkan makanan yang seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat anda dengan makanan yang kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma anda.

8. Minum kopi hitam.
Sekiranya anda memang menjadikan kopi sebagai rutin harian, anda mungkin merasakan tenaga dan daya tumpuan semakin bertambah terutama ketika waktu pagi. Sekiranya anda minum secara sederhana, ia mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma anda.

9. Minuman teh hijau
Terlalu banyak kajian yang menunjukkan faedah-faedah teh hijau. Anda tidak boleh menafikan kebaikannya untuk kesihatan badan. Di dalam kajian sains, apabila anda minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan ada sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.

Sebaiknya minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk ‘boost’kan lagi kesannya.

10. Elakkan diet yang melampau.
Diet yang melampau biasanya melibatkan diet yang hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori. Walaupun diet ini membolehkan anda menurunkan berat badan dalam masa yang singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan. Diet ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot anda semakin rendah metabolisma anda.

Akibatnya, badan anda akan mula mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan berat anda bertambah dengan mendadak lebih tinggi daripada sebelum anda berdiet.

Impak daripada makanan dan minuman yang telah dijelaskan tadi hanyalah sebahagian kecil sahaja berbanding apa yang anda perlukan untuk mengekalkan penurunan berat badan anda.
Read More...

Tuesday, July 2, 2013

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI



1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi dan malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


Read More...