Wednesday, October 31, 2012

Cara pasang Auto Read more



Jika anda sedang mencari bagaimana untuk meletakkan  read more pada blog anda,disini saya akan tunjukan cara baru membuat Read More.Perkataan Read more atau baca seterusnya  adalah biasa terdapat pada mana blog dan web.Tapi kali ini agak berbeza dengan yang terdahulu kerana sistem auto Read More kali ini,kita tidak perlu lagi menulis kod sebelum posting seperti <div class="fullpost">  dan sebahagian lagi setelah <div class="fullpost"> kerana dengan sistem auto read more ini semua posting kita akan terpotong dengan sendirinya. Selain itu juga sekiranya terdapat gambar dalam posting,ia terpapar dalam bentuk thumbnail pada halaman hadapan secara Automatik,tanpa perlu menukar apa apa setting lagi.
dibawah ini adalah contoh paparan Auto read more ini: 

Sekiranya anda ingin memasang Auto Readmore Versi terbaru ini.Ikutilah langkah langkah dibawah ini:

Nota : Jika anda pernah memasang read more sebelum ini ,anda perlu kembalikan ia seperti asal.Caranya ialah dengan Klik menu Layout dan pilih Edit HTML.Tandakan pada Expand Template Widget.Setelah itu delete kod read more lama anda yang berwarna hijau seperti dibawah ini :



<div class='post-header-line-1'/>
<div class='post-body'>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<style>.fullpost{display:inline;}</style>

<p><data:post.body/></p>

<b:else/>

<style>.fullpost{display:none;}</style>

<p><data:post.body/></p>

<a expr:href='data:post.url'>Readmore</a>

</b:if>

<div style='clear: both;'/>


Seterusnya ikuti langkah berikut:

1. Setelah anda login ke blogger, seterusnya masuk kemenu Layout dan pilih Edit HTML. Klik pada kotak"expand widget template" dan cari kod  </head>.

2. Copy dan paste kod  dibawah ini tepat di atas kod </head> yang anda cari tadi.



<script type='text/javascript'>

var thumbnail_mode = "float";
summary_noimg = 250;
summary_img = 250;
img_thumb_height = 120;
img_thumb_width = 120;

</script>


<script type='text/javascript'>

//<![CDATA[

/******************************************

Auto-readmore link script, version 2.0 (for blogspot)

(C)2008 by Anhvo

visit http://en.vietwebguide.com to get more cool hacks 

********************************************/

function removeHtmlTag(strx,chop){ 

if(strx.indexOf("<")!=-1)

{

var s = strx.split("<"); 

for(var i=0;i<s.length;i++){ 

if(s[i].indexOf(">")!=-1){ 

s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length); 





strx = s.join(""); 

}

chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2; 

while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++; 

strx = strx.substring(0,chop-1); 

return strx+'...'; 

}

function createSummaryAndThumb(pID){

var div = document.getElementById(pID);

var imgtag = "";

var img = div.getElementsByTagName("img");

var summ = summary_noimg;

if(img.length>=1) { 

imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';

summ = summary_img;
}


var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';

div.innerHTML = summary;

}

//]]>

</script>
3. kemudian  anda cari kod <data:post.body/>. bila anda jumpa kod tersebut. gantikan,  kod <data:post.body/>  dengan kod dibawah ini.


<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>

<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");</script>

<span class='rmlink' style='float:left'><a expr:href='data:post.url'>READ MORE- <data:post.title/></a></span>

</b:if>

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>

4.Kemudian klik save 
5. Selesai.


Nota: : Kod yang mempuyai cetak tebal(bold) dan berwarna hijau, pada  kod  diatas mempunyai maksud seperti berikut.


var thumbnail_mode = "float";  (menunujukkan posisi gambar thumbnail  pada  kedudukan di sebelah kiri.

summary_noimg = 250; (menunjukkan   berapa banyak huruf yang akan dipaparkan dalam posting anda tanpa gambar)gantikan mengikut  keinginan anda)

summary_img = 250; (menunjukkan   berapa banyak huruf yang akan dipaparkan dalam posting anda yangtanpa terdapat gambar)   gantikan mengikut  keinginan anda)

img_thumb_height = 120; (ukuran tinggi gambar yang akan dipaparkan)
img_thumb_width = 120; (ukuran lebar gambar yang akan dipaparkan)
READ MORE = gantikan dengan perkataan seperti baca seterus nya,baca lagi,seterunya dll.


Read More...

Cara yang betul untuk mencuci muka, agar kulit licin, cerah dan berseri.




Apa langkah pertama dan yang paling penting untuk perawatan wajah? Jawapannya mestilah mencuci muka kan. Bayangkan la, dah seharian suntuk kita kat luar rumah, segala macam kotoran dah menempek kat muka kita ni. Time cuci muka tu la kita boleh nyahkan semua benda2 yang tak diingini tu. Rasanya semua orang tau tentang ni kan.

Mencuci muka ni bukan setakat pakai pencuci muka tu je ye yer. ada 3 BASIC STEPS yangWAJIB dalam proses mencuci muka ni, iaitu membersih, menyegar dan melembapkan. sebab apa aku kata basic, sebab ada lagi la lain2 tambahan macam scrub, pakai serum, pakai masker, pergi facial etc. tapi actually, 3 BASIC STEPS tu pun dah memadai, janji kena betul2 ikut routine, dua kali sehari.

3 BASIC STEPS
1) MEMBERSIH
2) MENYEGAR (PAKAI TONER LA TU)
* ramai orang skip step ni. tapi actually yang ni penting untuk kasi kulit lagi firm:)
3) MELEMBAP

Tips untuk awet muda aka tegangkan kulit :
Untuk ketiga2 step di atas, gosokan atau sapuan harusla dilakukan dari arah bawah ke atas, iaitu dari dagu ke naik ke pipi. jangan sebaliknya ok:)

Apa yang paling penting, pastikan produk yang kita gunakan tu sesuai dengan kulit kita. tak kira la yang mahal atau murah, yang famous atau tak famous, yang penting product tu bagus.

Antara ciri-ciri produk pencuci muka yang boleh dikategorikan sebagai bagus:

* harusla yang SELAMAT digunakan, which is tak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya. ini sangat penting hokey. if product local, harusla ada kelulusan Kemeterian Kesihatan Malaysia
TIADA kesan sampingan yang memudaratkan, contohnya kulit mengalami proses pengelupasan yang memedihkan, kulit menipis, kulit jadi merah, kulit mengalami iritasi
TIDAK menyumbat pori dan TIDAK menimbulkan jerawat
* last sekali, of course la produk tu mampu MENYELESAIKAN masalah kulit yang kita hadapi contohnya kulit berjerawat, berjeragat, kulit kusam dan masalah-masalah lain yang sewaktu dengannya. jadinya kulit pun akan menjadi bersih, cerah dan berseri:)
* paling penting jugak, harusla yang mempunyai LONG TERM effect. maksudnya, takdela dalam sebulan pertama pakai jer cun, lepas sebulan segala masalah datang menempek balik. no no no


Read More...

WAKTU DAN TEMPAT DOA DIMAKBULKAN




16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA 
  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI 
  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA 
  • MALAM 10 MUHARRAM 
  • MALAM NISFU SYA'ABAN 
  • MALAM 'LAILATUL QADAR' 
  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR 
  • KETIKA HENDAK BERBUKA 
  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH 
  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH 
  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU 
  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR 
  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN 
  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU 
  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH 
  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN 



16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

  • KETIKA MELIHAT KAA'BAH
  • DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DISISI MULTAZAM
  • DIBAWAH PANCURAN EMAS
  • DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DIATAS BUKIT SOLAT
  • DIATAS BUKIT MARWAH
  • DITEMPAT SA'I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DISISI JAMRAH AL-ULA
  • DISISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
  • DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)




Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.

(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)
Read More...

Tuesday, October 30, 2012

4 Jenis Makanan Untuk Kuruskan Badan




Ada 4 Jenis Makanan Untuk Kuruskan Badan | Ramai yang mencari dan masih tercari-cari cara nak kuruskan badan. Ada yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk menguruskan berat badan semata-mata demi kecantikan paras rupa.
Tips atau cara-cara untuk menguruskan berat badan ada perlbagai kaedah. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah mengambilan makanan yang berkhasiat dan makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang merbahaya kepada tubuh.

Makanan Untuk Mengamalkan Berat Badan Secara Sihat

  • Teh hijau 
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.
Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan. 

  • Limau gedang

BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.
Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.


  • Cuka

CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.
Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
 Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).
Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.
Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.
Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.


  • Halia

SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.
Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. -anizyn
Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan.


 Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.



Read More...