Tuesday, November 27, 2012

Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta?





Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Read More...

MALAM






malam,,,
apalah yang ada pada sang malam?
hanyalah gelap pekat yang maha sunyi lagi sepi.

sinar purnama yang setia mewarnai kesuraman malam,
tak pernah meminta untuk dihargai,
cukuplah sekadar di pandang dan dikagumi akan kuasanya Tuhan.

malam,,,
bagai menyimpan rahsia si anak manusia,
rahsia terkunci rapat yang mungkin menanti akan ketibaan anak kuncinya,

untuk meleraikan segala keraguan yang di akibatkan oleh rahsia itu...
rahsia yang mungkin mengundang kedukaanku.

malam,,,
ku rasakan bagai menghulur simpati ke atas penangan rindu ini,

aku yang tersentuh perasaannya akibat satu rindu yang tak mungkin membuatku lena,
tapi mungkinkah kau rasa akan rindu?

malam,,,
malam semalam telah sama sama ku hayati,

tayangan kisah atau kejadian yang mengajar pelbagai pengajaran,
moga aku tak mengulangi kesilapan,
dan moga aku mengerti akan tuntutan kehidupan.

malam,,,
malam ini masih panjang,

masih banyak yang pelu di kisahkan,
masih banyak lagi rahsia tersimpan,
masih banyak kedukaan 
dan yang pasti masih banyak lagi yang tidak ku tahu tentang mu.
malam esok penuh misteri,

dan hanya menunggu untuk di lalui.

malam,,,
menceritakan tentang kisah seorang puteri,

yang amat kasihkan puteranya,
tetapi si puteri tidak tahu akan siratan yang menjadi isi hati si putera,
namun masih mengharapkan segugus kejujuran demi kasih sayang 
agar tidak la terjadi penyesalan sebagai penutup sebuah kisah cintanya.

malam,,,
cuba di bawa oleh sang bayu akan gelombang kerinduan si puteri,

tapi mengapa hatinya tetap berduka seakan akan mahu kan sesuatu,
bagai kan si anak kecil yang mahu pintanya di turuti,
si puteri ini amat merindui akan seraut wajah tampan si putera, 
senyumannya yang selama ini menjadi halwa batin 
kini hanya termampu di lukis di dalam fantasi,
masihkah ada kasihmu wahai Tuan putera?.

malam,,,
tetap kurasakan tenang akan hadirmu malam.
Ingin ku humban segala resah bersama hembus bayu angin malam,
yang mewujudkan satu persoalan yang tertungu tunggu hadirnya jawapan,
kerana malam ini naluri ku seakan memberitahu,
di lantai mahligai kasihku terdapat jejak-jejak asing yang mencurigakan,
tapi kau masih begitu, tak mahu memberitahu atau berterus terang. 
Yang tinggal hanya aku,
terkapai keseorangan akibat kelemasan dari persoalan ini.

Dan yang tinggal aku,
masih menakluk akan segenggam kasih buat pengubat rindu 
sambil berharap di hati, 
kau akan menghuraikan segala keraguan yang semakin nazak di hati ini.





Read More...