Saturday, November 24, 2012

Makan untuk meningkatkan metabolisma?




Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan, jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.

Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.

Sebenarnya kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi berlaku. Apabila zat makanan bertindakbalas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan. Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza sama sekali.

Sesetengah zat pada makanan yang sukar diserap ke dalam badan akan ‘bekerja lebih’ untuk dicernakan. Oleh itu tubuh badan memerlukan lebih banyak kalori bagi penghasilan tenaga seterusnya meningkatkan metabolisme. Dalam satu kajian di Jepun mendapati wanita yang makan makanan seperti ini mempunyai bentuk badan yang ramping berbanding mereka yang hanya makan makanan lembut dan paling mudah untuk dicernakan. Fiber dan protein adalah antara contoh makanan yang sukar dicernakan.


Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
  1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.

Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.


sumber : kevinzahri.com
Read More...

10 Tip Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan





Apa itu metabolisme? 
metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

metabolisme bagi setiap individu berbeza.
Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? 
Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

  9. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  10. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  11. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

sumber : kevinzahri.com
Read More...

10 Cara Tambah Pengeluaran Kalori Tanpa Bersenam




Bagi anda yang memilih untuk tidak bersenam atau yang mencari cara untuk membakar lebih kalori, di bawah ini terdapat beberapa cara mudah untuk menambah pengeluaran kalori anda.

  1. Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  2. Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  3. Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  4. Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  5. Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
  6. Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  7. Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
  8. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
  9. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
  10. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
  11. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.

sumber : kevinzahri.com
Read More...

5 Sebab Senaman TAK Wajib Untuk Kurangkan Berat Badan




Ingin kurangkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan jadikan senaman sebagai penghalang untuk kurangkan berat badan sekarang kerana ia tidak wajib. Betul ke? Biar saya jelaskan dengan 5 contoh:
  1. Bulan puasa. Pada bulan ramadhan ramai yang kurangkan berat badan walaupun tidak bersenam langsung. Padahal, aktiviti fizikal pada bulan mulia itu kurang lagi berbanding bulan yang lain.
  2. Sakit. Sekiranya anda demam atau sakit yang memaksa diri anda berehat, berat badan pun menurun.
  3. Nelayan and petani. Mereka tiada seneman yang khusus. Yes gaya hidup mereka aktif tapi tidaklah perlukan senaman tambahan seperti jogging, gym dan lain-lain.
  4. Berat tak turun walaupun bersenam. Ramai yang email saya mengatakan bahawa mereka giat aktif lakukan senaman jogging ataupun di gym tetapi berat badan tidak menganyak pun. Adakah itu salah senaman atau memang senaman tidak memainkan peranan?
  5. Semasa isteri saya mengandung pada 2010, saya memang kurang bersenam. Boleh dikatakan tidak bersenam langsung. Tapi adakah berat badan saya meningkat? Tidak! Yes otot tu berkurangkan tapi sebaliknya berat saya tidak berubah.

Jadi senaman tu tak perlu untuk kurang berat?
Well perlu tapi tidak wajib. Hukumnya “harus”! Senaman membantu cepatkan proses penurunan berat badan dengan tingkatkan keluaran kalori tapi selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan.
selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan

Apa yang anda WAJIB tahu untuk kurangkan berat badan tanpa senaman?

Ok bab ini yang paling penting. Untuk kurangkan berat tanpa senaman anda wajib tahu dan amalkan yang berikut:
  1. Ketahui keperluan kalori seharian (DCR – daily calorie requirement) unik anda. Ia bergantung kepada umur, berat, tinggi, jantina dan gaya hidup.
  2. Pandai menghitung kalori pemakanan seharian anda. Jangan biarkan ia lebih dari DCR anda.
  3. Kalori dibakar dimana-mana, termasuk semasa berjalan, naik-turun tangga, kemas rumah dan lain-lain. Pastikan gaya hidup seaktif boleh.
  4. Kadar penurunan berat badan lebih perlahan tanpa senaman. Kalau dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2 kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.
…dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.

Walaupun senaman tidak wajib untuk kurangkan berat badan, ingat: Senaman tu penting untuk kekalkan kekuatan otot, tulang dan sistem kardiovaskular. Tak bestlah jugak kalau anda dah kurus tetapi tidak bermaya.


sumber : kevinzahri
Read More...

Supplemen, perlu ke?


Read More...

Kekacang Untuk Menguruskan Badan




   

sumber : kevinzahri.com
Read More...

Pakai Korset untuk Buang Lemak?






Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen. Persoalan yang sering timbul oleh orang ramai tentang penggayaan korset adalah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di badan dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan?


Jika dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia nya bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.


Berkesankah?
Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan. Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infrared atau sebagainya, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak. Walaubagaimanapun, teori yang digunakan ini akan mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:

• Ketidakselesaan untuk bernafas - penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.


• Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.


• Penyebab kepada chlorosis (greensickness)  iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh  adanya gangguan pada hempedu.


• Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.


Kesimpulannya, pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainya. Amatlah tidak berbaloi jika melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli pakaian yang akhirnya memberi kesan yang negatif keatas tubuh badan kita. Nasihat saya, apa yang paling penting untuk penjagaan kesihatan adalah pemakanan dan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya.


sumber : kevinzahri.com
Read More...

Hormon boleh menggemukkan.






Hormon boleh menggemukkan?

Apa sebenarnya hormon? Untuk mudah difahami, hormon adalah sejenis bahan kimia yang dibuat dalam badan yang turut memberi kesan pada bahagian badan yang lain. Hampir kesemua aspek fisiologi kita dikawal oleh hormon seperti emosi, selera makan dan juga metabolisma. Hormon yang tak seimbang boleh membawa kepada pertambahan berat badan atau penurunan berat badan.
Apa hormon yang boleh menggemukkan?

Estrogen
• Hormon ini terhasil dalam ovari pada wanita dan berperanan penting untuk ovulasi
• Penurunan tahap estrogen boleh menyebabkan pertambahan berat badan

Progesteron
• Hormon ini juga terhasil daripada ovari
• Memberi kesan secara tidak langsung kepada penambahan berat badan
• Hormon ini membantu menangani retensi air dalam badan disebabkan kadar estrogen yang tinggi
• Kadar progesteron yang rendah akan menyebabkan retensi air dalam badan sekaligus mengakibatkan pertambahan berat badan

Testosteron
• Hormon ini wujud untuk lelaki dan juga wanita bagi pembinaan otot
• Kadar testosteron yang rendah akan menyebabkan kehilangan tisu otot dan sekaligus melambatkan kadar metabolisma
• Secara mudah, kurangnya kadar testosteron akan menyebabkan kenaikan berat badan

Androgen
• Hormon yang wujud untuk wanita dan juga lelaki.
• Peningkatan kadar androgen boleh mengakibatkan pemendapan lemak di sekitar abdomen.

Insulin
• Daya tahan insuli selalu terjadi untuk wanita yang menghampiri menopous
• Kesannya badan akan menukar setiap kalori yang di ambil menjadi lemak

Badan kita memerlukan hormon untuk perjalanan aktiviti seharian tetapi kekurangan atau berlebihan kadar hormon akan mengakibatkan masalah kesihatan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan pertambahan berat badan juga kehilangan berat badan. Jadi, kekalkan hormon yang seimbang dengan mengambil makanan yang bernutrisi dan sentiasa aktif!


▀sumber :  kevinzahri.com ▀
Read More...

Hukum Mencukur/Mencabut Bulu Kening



Bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah S.A.W. yang menjelaskan hukumnya.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri. 

Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan. 

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan. 

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu." 

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. 

Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah. 

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka(kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. 

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya. Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah. 

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah. 

Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening. Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul. 

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias. 

Harus diperhatikan di sini ayat yang 'diboldkan'itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’. 

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin : Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda, 

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124) 

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut. 

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. 

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah. 

Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita. 

Wallahu‘alam.
Read More...

Tenaga Ajaib Tersembunyi







Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Read More...

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Read More...

Emosi Sebatang Paku



Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Tapi bagaimana pula jika sebantang Paku memiliki emosi seperti kita ?






Read More...

Kenapa Dan Mengapa Panaskan Enjin Kereta Sebelum Jalan




Gambar dalaman enjin kereta






















































































Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.



Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula gunapakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Read More...