Tuesday, December 4, 2012

Top 10: Baik Buruk Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat.





Kini memang ramai kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi boleh penjual produk-produk suplemen MLM.
Pada awalnya diet protein tinggi dipopularkan oleh Dr. Atkins, tapi kini juga diadaptasikan oleh Dukan Diet dan lain-lain.
Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa berpanjangan?

Fakta Menarik Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat:

Berikut ada fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
  1. Berat turun cepat: Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3-4kg pada minggi pertama (sahaja)
  2. Berat naik drastik semula: Now katakan anda amalkan diet high protein, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali kepada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan etc, berat air dan nak dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung kepada hubungan glukosa dan insulin.
  3. Kurang lapar. Memang. Ini kerana insulin levels memang rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
  4. Jangka masa panjang: Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
  5. Turun air je ke? Tak jugak. Kalau lah anda betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600-1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci kepada penurunan berat badan.
  6. Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
  7. Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD,  ketosis dikategorikan sebagai unhealthy metabolic state di mana ketones boleh merosakan fungsi organ dan menjadi pencetus kepada penyakit seperti gout (uric acid tinggi), kidney stones or kegagalan ginjal (kidney). Ketones juga kurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
  8. Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan kepada fungsi ginjal (kidneys) badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih wear-n-tear akan berlaku kalau ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
  9. Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori seharian. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
  10. Berapa gram pulak dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2x potong roti atau 4x paket gula meja kecil.
… tidak kira diet apa pun, kalau nak kurangkan berat badan wajib ada defisit kalori …

Jadi boleh diamalkan atau tidak?

Jawapan itu bergantung kepada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas.
Saya sendiri? Saya amalkan balanced diet atau diet seimang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi whole-grains atau serat.
Note: Tapi kalau saya perlu kurangkan water retention untuk photoshoot etc, yes saya akan kurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.
Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa berpanjangan.

sumber : kevinzahri.com
Read More...

5 Mitos: gemuk atau buncit tak kalau ….




Hari-hari saya menerima petanyaan melalui twitter tentang pelbagai mitos-mitos makan dan tabiat kehidupan.
Jom kita selesaikan mitos-mitos tersebut once and for all ….

1. Mitos: Gemuk tak kalau saya baring selepas makan.

Jawapan: Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja.

2. Mitos: Mandi selepas makan menggemukkan tak?

Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.

3. Mitos: Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan.

Jawapan: Yes and no.
  • Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.
  • No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.

4. Mitos: Tidur selepas makan menggemukkan!

Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbading keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.

5. Mitos: Kalau saya makan A atau B menggemukkan tak?

Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.
Ingat: Gemuk atau tidak BUKAN bergantung kepada nasi lemak, roti canai, suplemen, ayam, itik, sayur etc … ia bergantung kepada gadungan pilihan-pilihan anda.
Paling penting: Pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian dan BIJAK dalam memilih makanan (minuman) yang sesuai dengan keperluan anda itu.

sumber : kevinzahri.com
Read More...

Sunday, December 2, 2012

5 makanan yang boleh dijadikan produk penjagaan rambut





Penjagaan rambut adalah penting untuk setiap orang tidak kira samaada mereka lelaki ataupun wanita. Mungkin anda telah dibiasakan dengan produk-produk penjagaan rambut yang sering dipaparkan di media massa. Tetapi tahukah anda bahawa makanan juga boleh dijadikan sebagai produk untuk penjagaan rambut? Sekiranya anda telah menggunakan produk yang berada dipasaran dan hasilnya masih lagi tidak memuaskan, anda boleh pula mencuba dengan cara ini. t5 akan menyenaraikan 5 makanan yang boleh dijadikan produk penjagaan rambut.
Telur- Ia merupakan bahan paling murah untuk mendapatkan protein bagi kesihatan rambut anda. Mula-mula asingkan antara putih dan kuning telur. Kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 10 hingga ke 15 minit. Selepas itu, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Cuba amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hasilnya rambut anda akan lebih bersinar.
Madu- Campurkan 2 sudu besar madu dengan 2 / 3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama setengah jam. Selepas itu bilas dengan air bersih. Walaupun ia mungkin agak melekit pada rambut anda, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk penjagaan kesihatan rambut.
Limau nipis- Ia adalah cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Caranya adalah dengan lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama antara 20 hingga ke 30 minit. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Santan kelapa- Santan kelapa pula membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Caranya adalah dengan cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama antara 30 minit hingga ke  1 jam mengikut keselesaan. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Kacang hijau- Kacau hijau pula dapat membantu untuk melebatkan lagi pertumbuhan rambut anda. Caranya adalah dengan rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut tadi dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut anda menggunakan air bersih.



Read More...

5 khasiat limau nipis untuk kecantikan kulit



kecantikan kulit











Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit. Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………
(1) Menyingkirkan sel kulit mati- Apabila anda menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.
(2) Mengurangkan kedutan- Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahanawet muda terhadap kulit.
(3) Melembapkan kulit- Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.
(4) Menghilangkan masalah kelemumur- Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.
(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku- Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk  rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.
Read More...

3 cara menghilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kecantikan




Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Samaada menggunakan produk kecantikan atau menggunakan produk harian ianya terpulang kepada diri anda.Mungkin anda lebih arif mengenai pemilihan produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit muka. Tetapi adakah anda mengetahui ada juga produk harian yang biasa anda guna setiap hari boleh membantu untuk menghilangkan jerawat? t5 akan menyenaraikan cara menhilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kecantikan.  Selamat mencuba.
Aspirin (ubat demam)- Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
Ubat gigi- Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Minyak zaitun- Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun  pencuci muka.
Read More...

5 tips makanan awet muda




Penjagaan makanan adalah merupakan tips utama untuk seseorang kelihatan awet muda. Ia perlu dimulakan sejak dari usia yang muda lagi. Berkemungkinan ramai yang menganggap bahawa penjagaan hanya perlu dilakukan apabila usia sudah meningkat, tetapi ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Di sini  senarai 5 tips makanan awet muda yang mungkin dapat membantu anda.
Vitamin A- Ianya membantu untuk meningkatkan produksi kolagen, yang berfungsi untuk melicinkan kesan calar pada kulit. Salah satu punca utama seseorang kelihatan lebih tua adalah disebabkan kesan calar yang banyak. Ia perlu diberi perhatian yang sepenuhnya. Berkemungkinan sekiranya anda masih muda ia tidak memberi terlalu banyak kesan, tetapi apabila usia anda sudah meningkat sedikit, anda akan kelihatan lebih tua dari yang sepatutnya. Antara contoh makanan yang mengandungi vitamin A adalah seperti telur, susu, kentang, lobak merah dan sebagainya. Bagi remaja pula, ia dapat membantu terhadap rawatan bagi masalah jerawat.
Vitamin C- Vitamin ini pula membantu untuk merangsang kalogen untuk menghasilkan sel kulit baru. Secara tidak langsung apabila sel baru terbentuk, ia akan menutup garisan halus pada kulit dengan sendiriya. Pakar juga menasihatkan supayavitamin ini diambil pada waktu malam untuk mendapat kesan yang lebih baik. Antara contoh makanan yang mengandungi vitamin C adalah tomato, kubis, oren, anggur dan sebagainya.
Vitamin E- Ianya pula membantu untuk menghalang kesan kanser yang disebabkan oleh sinaran UV, dan melambatkan proses kedutan pada kulit. Selain daripada itu, vitamin E juga membantu untuk meningkatkan keberkesanan pelindung daripada sinaran matahari, mengelakkan alahan seperti kemerahan atau bengkak apabila terkena sinarannya. Contoh makanan yang mengandungi vitamin E adalah seperti sayuran hijau, kacang, gandum dan sebagainya.
Alpha hydroxy acid (AHA)- Berfungsi sebagai pengelupasan kulit, ia juga disenaraikan sebagai asid Glycolic. Dengan menyingkirkan lapisan atas kulit mati, ia akan memberikan anda penampilan yang lebih muda.  Antara contoh makanan yang mengandungi asid ini adalah betik, oren, mangga, dan sebagainya.
Vitamin B13 (niacin)- Ia membantu melindungi kulit daripada toksin dan mengurangkan kesan belak pada kulit. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu sebagai pelindung kesan sampingan daripada vitamin A sekiranya tubuh anda alah padanya. Contoh makanan yang mengandungi vitamin ini adalah ikan, daging, kacang tanah dan sebagainya.



Read More...

6 topik yang selalu diluahkan dalam facebook berdasarkan kajian psikologi




Seperti yang anda semua ketahui, setiap manusia membawa perwatakan yang berbeza-beza. Begitu juga dengan cara mereka berkomunikasi didalam laman sosial. Untuk artikel kali, top5 akan nyatakan 6 topik yang selalu diluahkan didalam facebook berdasarkan kajian psikologi. Pasti salah satu topik yang akan dinyatkan berkait dengan anda.
Persaingan- Kebanyakan pengguna fb suka menyatakan mengenai pesaing dalam halaman mereka. Luahan ketidak puasan hati terhadap pesaing adalah menjadi tajuk utama. Lebih daripada 70% yang gemar menjadikan perkara ini sebagai topik adalah wanita
Bercerita tentang diri sendiri- Perkongsian sudah menjadi trend untuk masa kini. Ramai yang selesa untuk berkongsi apa yang mereka sedang lalui. Mungkin masyarakat sekarang lebih bersikap terbuka.
Pendapat politik- Laman sosial juga sering digunakan untuk meluahkan pendapat fahaman politik seseorang. Lebih daripada 75% yang suka menjadikan topik ini sebagai isu adalah lelaki. Mungkin cara ini adalah terbaik untuk mereka mencari pengikut yang tersendiri.
Menunjuk- Laman sosial juga adalah merupakan salah satu tempat paling mudah untuk mereka menunjuk sesuatu barangan yang mereka miliki. Mungkin cara ini dapat memberikan mereka kepuasan peribadi.
Berhubung bersama rakan- Walaupun tujuan utama laman sosial dibangunkan adalah untuk memudahkan komunikasi anda bersama rakan, tetapi kajian menunjukkan bahawa kurang daripada 40% menjadikannya sebagai tujuan utama.
Agama- Ada sesetengah pihak yang bijak untuk menggunakan laman sosial  sebagai tempat untuk penyebaran agama. Tetapi peratus pengguna fb yang melakukannya adalah amat rendah.
Read More...

6 rawatan kecantikan yang merbahaya




Setiap manusia di dunia ini suka akan kecantikan. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk kelihatan lebih cantik. Tetapi tahukah anda bahawa setiap rawatan kecantikan yang anda lakukan terdapat bahaya disebaliknya? Jangan terlalu obses untuk melakukan rawatan kecantikan sekiranya anda belum tahu mengenai risiko yang mungkin dihadapi.
(1) Manicure and pedicure- Mungkin anda berasa sangat tenang ketika rawatan ini sedang dijalankan. Tetapi anda perlu pastikan bahawa salon yang anda pergi menjaga kebersihan peralatan yang mereka gunakan. Ini kerana, bahagian kuku terutamanya adalah merupakan bahagian yang mudah terkena jangkitan kuman atau bakteria. Sekiranya kebersihan peralatan tidak dititikberatkan, kemungkinan anda akan mengalami masalah kulit, cekam dan sebagainya adalah amat tinggi.
(2) Rawatan resdung- Sekiranya anda pernah melakukan rawatan resdung yang menggunakan segulung kertas dan dibakar pada bahagian atasnya, pastikan orang yang melakukan rawatan tersebut adalah orang yang berpengalaman. Sekiranya ia dilakukan oleh orang yang kurang mahir, dikhuatiri bara pada kertas yang dibakar tadi akan terjatuh pada kulit muka anda dan akan menyebabkannya melecur.
(3) Meluruskan rambut- Rawatan ini adalah merupakan salah satu rawatan paling popular yang ramai orang lakukan. Apabila rambut anda dibakar atau dipanaskan, ia sebenarnya hanya akan lebih merosakkan kesihatan rambut. Sekiranya anda tetap ingin rambut yang lurus, dinasihatkan untuk tidak melakukannya dengan kerap.
(4) Pembuangan atau penyedutan lemak- Rawatan ini biasanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah kegemukan. Sebelum melakukan rawatan ini, anda perlu terlebih dahulu mengetahui bahaya yang anda hadapi. Cara terbaik untuk mengatasi masalah kegemukan adalah dengan cara semulajadi seperti melakukan senaman dan bukannya dengan melakukan rawatan pembuangan atau penyedutan lemak.
(5) Botox- Suntikan botox adalah berfungsi untuk menegangkan kulit yang mengalami masalah kedutan. Ia merbahaya kerana akan memberikan kesan sampingan pada kulit muka yang akan lebih memburukkan lagi wajah seseorang yang memakainya. Kebiasannya, kulit muka seseorang yang melakukan rawatan ini akan kelihatan terlalu tegang dan akan membuatkan wajah mereka kelihatan lebih pelik berbanding semulajadi.
(6) Pembedahan plastik- Ini juga merupakan trend terbaru untuk masyarakat masa kini. Ramai yang terlalu obses untuk melakukan pembedahan plastik. Tetapi tahukah anda bahawa pembedahan plastik yang gagal adalah lebih banyak berbanding yang berjaya? Jangan terlalu mudah terpengaruh untuk melakukan rawatan seperti ini.
Read More...

6 punca yang menyebabkan kedutan pada wajah




Kedutan pada wajah adalah satu masalah yang sering cuba dielakkan oleh seseorang terutamanya wanita. Masalah ini mungkin dapat dikurangkan sekiranya anda mengetahui apakah punca yang menyebabkan kedutan tersebut. Tetapi, ada sesetengah punca yang khusus tidak dapat untuk dielakkan. t5 akan menyenaraikan 6 punca utama yang menyebabkan kedutan pada wajah anda.
Juling- Tahukah anda bahawa juling akan menyebabkan tisu kulit halus dibahagian mata akan menghasilkan satu garisan yang dalam. Ia akan kelihatan seperti kedutan pada bahagian mata. Sekiranya anda mengalami masalah ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar. Pada masa kini, terdapat pelbagai rawatan yang menawarkan penyelesaian untuk masalah ini. Ia juga dikatakan dapat disembuhkan dengan sendiri. Antara rawatannya ialah:
  • Cermin mata biasanya digunakan untuk membantu mata melihat dengan lebih baik
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
  • Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata
  • Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.
Ketawa- Apabila kanak-kanak ketawa, kulit tidak akan terjejas oleh tindakan regangan yang berlaku, ini disebabkan kekenyalan kulit pada usia muda. Tetapi apabila orang dewasa ketawa, kulit muka yang meregang tidak kembali ke bentuk asal disebabkan kekenyalan kulit yang telah berkurangan mengikut usia. Disebabkan itu anda dinasihatkan untuk mengawal apabila hendak ketawa. Ia juga menunjukkan satu adab yang sopan.
Penuaan- Faktor usia sememangnya tidak dapat dielakkan. Ini disebabkan oleh lemak dan kolagen di bawah kulit berkurangan, menyebabkan kedutan terbentuk. Ianya bukanlah merupakan satu masalah sekiranya kedutan terbentuk bersesuaian dengan usia anda.
Merokok- Seseorang yang merokok akan kelihatan lebih tua berbanding orang yang tidak menghisapnya. Ini disebabkan rokok akan memusnahkan kulit yang membawa oksigen dan nutrien penting yang mengekalkan kulit yang sihat dan kelihatan muda. Cara terbaik untuk mengelakkan kedutan pada wajah adalah dengan berhenti merokok.
Alkohol- Minuman keras akan menyebabkan kulit anda terhidrasi atau dengan erti kata lain mengeringkan kelembapan kulit. Dan ini akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua.
Matahari- Sinar ultraviolet matahari memberi kesan kemusnahan pada kulit, menyebabkan kulit kehilangan kesegaran. Cuba elakkan daripada terkena sinaran matahari yang terik.
Read More...

4 punca kerosakan kulit




Merokok- Selepas matahari, rokok adalah perosak kulit kedua yang terbesar. Seseorang yang merokok akan mengalami 5 kali lebih kerutan diwajah berbanding orang yang tidak merokok. Selain daripada itu, perokok juga akan lebih terdedah kepada kanser kulit dan juga akan merosakkan kapilari pembuluh darah dan lapisan arteri, yang mengurangkan aliran darah ke kulit. Hanya 10 minit dari merokok akan mengurangkan bekalan oksigen ke kulit selama hampir satu jam. Ini akan menyebabkan kulit anda pucat, lesu, kusam dan ia juga akan melambatkan proses penyembuhan sekiranya luka. 40 peratus daripada pakar bedah plastik menyatakan mereka tidak akan melakukan pembedahan kepada perokok kerana proses penyembuhan luka mengambil masa yang lama dan ia akn meningkatkan kemungkinan untuk dijangkiti bakteria.
Alkohol- Untuk penjagaan kulit, seseorang seharusnya minum sepanjang hari. Ini adalah untuk memastikan tubuh anda sentiasa mengandungi air yang cukup. Tetapi, alkohol tidaklah berfungsi seperti minuman yang lain. Ia akan menghidrasikan kandungan air didalam tubuh anda. Kesannya, kulit anda akan kelihatan pucat, lesu dan seperti kulit yang kekurangan air.
Tidur- Untuk mengelakkan kulit anda daripada rosak, anda juga seharusnya perlu mendapatkan tidur yang cukup. Ini adalah kerana ketika anda tidur, tubuh anda akan bekerja untuk penghasilan semula kolagen dan keratin yang berfungsi sebagai protein untuk menyihatkan dan menegangkan kulit. Kekurangan tidur akan merosakkan kulit anda keseluruhannya dan akan menyebabkan bengkak di bahgian bawah mata.
Tekanan(stress)- Stress juga merupakan punca utama terhadap kerosakan kulit manusia. Cuba elakkan diri anda daripada berada didalam situasi stress yang panjang.  Sekiranya anda stess, dapatkan rawatan seperti urutan atau sebagainya.
Read More...

6 jenis makanan yang baik untuk penjagaan kulit




Kulit merupakan organ yang paling terdedah pada tubuh manusia. Pemilihan makanan yang baik adalah penting terhadap penjagaan kulit anda. t5 akan menyenaraikan 6 jenis makanan harian yang mungkin boleh diamalkan untuk anda mengekalkan kesihatan kulit.
Telur/kacang/avocado/kacang soya- Kesemuanya mengandungi biotin, yang merupakan satu vitamin penting untuk metabolisme lemak dan karbohidrat. Kekurangannya boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Selain daripada itu, ia juga boleh menyebabkan rambut dan kuku seseorang menjadi lebih rapuh.
Ikan Salmon- Ikan Salmon mengandungi astaxanthin, sebuah karotenoid yang meningkatkan keanjalan kulit. Ia juga dapat membantu untuk mengurangkan garis-garis halus pada kulit.
Minyak ikan kod- Kandungan omega-3 didalamnya dapat membantu untuk menyerikan lagi rambut dan juga membuatkan kulit kelihatan muda.
Teh Hijau- Sifatnya sebagai ejen anti-oksida dapat membantu untuk melindungi kulit daripada kesan terkena sinaran matahari.
Delima- Apabila disapu, ia membantu untuk menghasilkan lebih kolagen pada kulit dan mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil.
Tomato- Kajian menunjukkan bahawa sesiapa yang memakan buah tomato sebiji setiap hari dapat mengurangkan risiko daripada kulit mereka terbakar terkena sinaran matahari.
Read More...

8 cara mengatasi kulit kering




Masalah kulit kering berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah…..
(1) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.
(2) Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.
(3) Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.
(4) Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.
(5) Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.
(6) Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.
(7) Cuba untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.
(8) Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.
Read More...