Sunday, June 23, 2013

Alkisah sebotol ubat

Setelah berkahwin 20 tahun, akhirnya sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata.

Anak lelaki itu menjadi fokus kehidupan Pak Jamal dan Kak Ros Hitam. 

Satu hari, ketika Musa berusia dua tahun, Pak Jamal terlihat sebotal ubat tidak tertutup di atas 
 meja.

Oleh kerana Pak Jamal sudah terlewat dengan kerja, Pak Jamal memesan isterinya untuk 
 
menutup botol ubat tersebut dan meletakkan kembali ke dalam almari.

Kak Ros Hitam yang sibuk dengan kerja-kerja rumahtangga terlupa akan pesanan suaminya.

Musa melihat botol itu dan tertarik dengan warna ubat telah mengambil botol itu dan minum
 
semua ubat.

Ubat itu berupa racun dan hanya boleh dimakan orang dewasa pada kadar yang kecil.

Musa pengsan, Kok Ros Hitam menjadi panik dan terus memandu kereta melanggar pagar 
 
rumah terus ke hospital.

Setiba di hospital, muka Musa amat keputihan, anaknya sudah berada dalam keadaan koma.

Kak Ros Hitam tersangat terkejut dan takut. Bagaimana saya nak menghadapi suami saya?

Pak Jamal yang sayu tiba di hospital melihat anaknya sedang diselamatkan di dalam bilik 
 
pembedahan.

Pak Jamal melihat Kak Ros Hitam yang penuh dengan air mata dan ketakutan.

Sebelum Kak Ros Hitam ingin menjelaskan apa-apa, Pak Jamal terus memeluknya dan 
berkata, “Abang sayang Ros,” sambil mencium dahinya.

Kak Ros Hitam terkejut dengan sikap suaminya yang tidak berang kerana kecuaiannya tidak 
menutup ubat botal seperti yang disuruh.

“Ayang yang salah. Abang salahkan sayang saja. Ayang lupa pesan abang tutup botol ubat. 
Sekarang ayang rasa amat menyesal dan bersalah menangguhkan kerja,” kata Kak Ros Hitam yang mengharapkan suaminya memarahinya supaya dia boleh merasa lega atas kesilapannya.

“Ayang. Anak kita di dalam koma. Tak guna kita mencari siapa yang salah. Kalau abang tadi 
ambil masa 30 saat untuk tutup semula botol ubat tadi, semua ini pun tak akan terjadi. Tiada gunanya mencari siapa silap apabila perkara sudahpun berlaku. Kita hanya boleh berdoa memohon ampun Allah dan mengharapkan terbaik daripada Allah sekarang,” jelas Pak Jamal.

Kak Ros Hitam sangat tersentuh dengan kata-kata Pak Jamal lalu memeluknya dengan erat 
sambil memegang tangannya menunggu keputusan dari doktor.

Setelah 6 jam bertarung, doktor memaklumkan pada Pak Jamal dan Kak Ros Hitam, anak 
mereka Musa dapat diselamatkan….




Pengajaran:

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, manusia lazimnya suka menghabiskan banyak waktu untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan – samada di tempat kerja, dalam hubungan keluarga, suami isteri mahupun persahabatan – sehinggakan kita terlupa pentingnya silaturahim antara manusia perlu dipellihara.

Ramai terlupa, memaafkan seseorang sebenarnya perkara yang paling mudah di dunia daripada menyimpan dendam dan marah. Manusia perlu belajar menghargai apa yang ada. Jangan lipat-gandakan kesakitan, keperitan dan kesengsaraan dengan berpegang kepada sikap sudah memaafkan.

Lepaskan segala rasa dengki, cemburu, tidak rela memaafkan, mementingkan diri sendiri, ketakutan pada perkara yang tidak tahu dan anda akan mendapati segala perkara di dunia ini sebenarnya mudah.

Seperti Pak Jamal, dia mengetahui apa yang Kak Ros Hitam perlukan pada waktu anaknya sedang koma dan diselamatkan oleh para doktor ialah kasih sayang dan ambil berat dan sokongan dan bukannya seorang suami yang menyalahkan dia atas kecuaiannya. 
Read More...

Bagaimana Semut Tahu Bahawa Ajalnya Akan Tiba?



Ketika seekor hampir mati, semut-semut yang lain akan segera mengetahuinya. Namun, bagaimana semut boleh mengetahui bahawa rakannya akan mati?

Adalah suatu teori ilmiah yang menjelaskan hal ini. Semut mati melepaskan zat kimia yang dihasilkan oleh dekomposisi seperti asam lemak yang memberi tanda kematian pada koloni semut lain.

Namun teori ini kemudiannya dibantah oleh hasil penyelidikan terbaru oleh Dong Hwan Choe.

“Semut boleh mengetahui rakannya akan mati kerana adanya mekanisme berbeza yang tersembunyi disebalik necrophoresis yang menyingkirkan salah satu semut daripada koloni dalam sarang yang sama”, kata Choe yang dikutip dari Live Science, Khamis, 7 Mei 2009.
Kematian atau zat mati. Sementara semut hidup selain memiliki zat tersebut, juga memiliki zat kimia lain yang berhubungan dengan kehidupan atau disebut dengan ‘zat hidup’.

Ketika seekor semut mati, tingkat zat hidup mereka akan berkurangan malah akan menghilang sama sekali, sehingga yang tinggal hanyalah zat mati.

“Oleh kerana itu, semut yang mati tidak lagi mengeluarkan bau yang sama dengan semut yang hidup, bukan kerana mereka mengeluarkan zat baru setelah mereka mati”.


Read More...