Friday, June 14, 2013

Kehidupan: Apakah Aku Layak Digelar Muslimah?



Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, dia bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman. Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka. Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)
Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.

sumber : langitilahi.com
Read More...

Aku Masih Dara



Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”
Gadis B : menjeling….. “Wei, aku tak percayalah…”
Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..
Gadis B : “Bodoh la kau ni..”
Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .
Gadis B : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”
Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan.
Tapi sorry, tidak bagi aku ok..
Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”
Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih,bukan kekasih yang belum tentu jadi suami“
Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”
Gadis A : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”
Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai  bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”
Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai  bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”
Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”
Gadis A : “Hipokrit  itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”
Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”
Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga?  Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka.
Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok  sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh  ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”
Gadis B : grr… =.=”

Aku Masih Dara
Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik dimata manusia mahupun dimata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas.
Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci perkahwinan atau sampai akhir hayat kita.  
Tunjang utama kebahagiaan kita bersama pasangan kita adalah kejujuran, bukan dengan “kebohongan”.
Read More...

Cermin Kehidupan




‘Eh, Fyra cuba kau tengok si Zie tu. Tak pandai betul nak buat assignment ni. Pelik betul aku, benda senang je kot. Itu pun tak pandai. Kalau kita tak tengok, alamatnya ke laut la assignment kita ni’
Cermin Mata Kehidupan

Haii, apakah kata-kata itu layak dilemparkan untuk sahabatnya?
Masya Allah, terkejut mendengarnya bukan. Tapi, tidak mustahil berlaku. Ya, benar. Bukan di kalangan pelajar sahaja malah situasi sebegini berlaku kepada mereka yang bekerja.
Perasaan dengki dan cemburu malah buruk sangka juga melihat kelemahan orang lain tetap wujud di dalam nilai persahabatan. Aipp, kenapa jadi macam ni?
Pakar motivasi mengatakan bahawa ‘Orang yang sentiasa positif akan nampak nilai positif terhadap sesiapa sahaja, dan begitulah sebaliknya’. Jadi, dalam konteks ini, seorang sahabat yang melihat kekurangan dan kelemahan sahabatnya boleh la dikategorikan sebagai orang yang negatif.
Sedar atau tidak, sikap sebegini mampu memudharatkan diri sendiri. Masakan tidak, minda negatif asyik bermain di fikiran.
Kesannya, segala tugas yang dilakukan dianggap bebanan, sahabat sendiri tidak disukai, persoalkan kejayaan yang orang lain perolehi dan bermacam-macam lagi situasi.
Haiii, padanlah hari-hari muka ketat aje, langsung tak lemparkan senyuman!
Cuba bangkit dan nilai kembali. Jadilah cermin mata kehidupan. Cermin mata yang mampu menilai kekurangan dan kelemahan orang lain untuk dibantu dengan seikhlas yang mungkin.
Manfaatkanlah cermin mata kehidupan untuk menyerap kelebihan-kelebihan insan lain untuk dijadikan contoh. Ye, dalam kita tidak sedar, kadang kala kita menjadi cermin mata yang negatif.
Menilai yang bukan-bukan terhadap orang lain. Dan, hari ini nilai kembali cermin mata kita agar kembali menjadi positif. Melihat setiap tindakan orang lain melaluipandangan yang positif.
Dan, dalam erti kata sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain.


‘ Kimi, serius ni. Anak-anak aku tak nak dengar cakap aku. Puas la aku marah, nasihat semua. Semuanya sia-sia. Haii, aku rasa didikan aku selama ni salah. Lepas ni, aku kena belajar lagi la macam mana nak didik anak-anak ni dengan betul’
Cermin Muka Kehidupan

Subhanallah, lihatlah. Seorang ayah yang cuba untuk baiki cara didikan terhadap anaknya. Ini, hanya satu analogi berkaitan cermin muka kehidupan.
Benar, ayah ini cuba baiki didikannya demi untuk kebaikan anak-anaknya. Ayah ini lebih melihat dan kenal pasti kesalahan yang dilakukan dalam mendidik anaknya.
Dan, akhirnya ayah ini cuba untuk fikirkan untuk tingkatkan lagi cara didikan tersebut.
Lihat, inilah cermin muka kehidupan yang sebenar. Sahabat, aplikasikanlah dalam kehidupan kita. Pandanglah cermin muka ini sebaiknya dan telitilah ia sedalamnya.
Apabila kita melihat wajah kita di dalam cermin, kita pasti melihat wajah kita yang sebenar. Dan, percayalah cermin ini tidak pernah menipu. Ya, lihat wajah kita. Makin hari ditatap, kita akan sedar bahawa wajah itu pasti kedut juga dimamah usia.
Ya, inilah dia yang sebenarnya. Sedar diri. Sedar!
Sekali lagi, gunakanlah cermin muka kehidupan ini sebaiknya. Tilik dan nilailah segala kelemahan yang ada pada diri sendiri. Bukan untuk ditangisi, namun harus diperbaiki.
Setiap kelemahan yang Allah kurniakan, pasti ada jalan untuk kita baiki. Syukuri dengan setiap kekuatan yang Allah anugerahkan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan.
Juga, setiap kelebihan diri yang ada harus digunakan dalam membantu memudahkan setiap urusan yang ada di sekeliling.
→ Benar, cermin yang ada tidak pernah menipu. Setiap kali, cermin pasti jujur. Namun, salah kita. Salah kita dalam menggunakannya. Kita yang tertipu dengan cermin-cermin itu.
Tertipu dengan nilai negatif kita. Terpedaya sikap-sikap buruk kita. Jarang untuk melihat diri. Sering sahaja menunding jari.
Dan, hari ini bertekadlah untuk berdiri di hadapan cermin muka untuk berusaha menilai diri sendiri. Juga, bertekad untuk memakai cermin mata dengan harapan melihat kelebihan orang lain untuk dicontohi.
Wahai cermin-cermin kehidupan, moga tetaplah di situ untuk sama-sama membantu menjadikan setiap insan yang menggunakannya mendapat manfaat dan sentiasa memiliki nilai positif. ^_^

Read More...

Berubah: Perlahan-lahan atau Secara Mendadak



Berubah.
Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah. Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya.  Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah. Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.
Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Hati kita masih peka dan lembut  untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan.
Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?
Ada yang berpendapat perubahan perlu dilakukan secara beransur – ansur agar tidak berlaku kejutan. Bayangkan jika dulu kita selalu melepak dengan kawan – kawan kita sekarang ini kita tidak mahu lagi berkawan dengan mereka atas alasan tidak mahu membuang masa. Tentu perasaan mereka akan terguris bukan?
Ada juga yang menempelak bahawa jika ingin berubah itu harus secara menyeluruh, total, dan semaksimum mungkin, kerana maut itu bila – bila sahaja. Bimbang ajal menjemput sebelum sempat bertaubat.
Kedua – dua pendapat tersebut boleh diterima.
Melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan atau harapkan. Lebih sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan sukar.
Untuk persoalan ini, sebenarnya  kita seharusnya melihat skop atau dari sudut apakah yang kita ingin lakukan perubahan itu. Sudut ini terbahagi kepada dua, iaitu berubah dari sudut penampilan dan berubah dari sudut  perangai/gaya hidup.
Untuk sudut penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step. Sebagai contoh,  jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat, bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya menutup aurat.
Tetapi bagi sudut perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak,  memang perubahan itu perlu dididik sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging dalam diri.
Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus.
Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit,  sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya skali.
Keduanya boleh kita simpulkan seperti kita dan kereta. Nak tukar kereta senang jer, hari ini kita boleh pakai Proton esok boleh bergaya dengan BMW. Namun untuk mengubah cara pemanduan itu yang sukar, mustahil dalam masa sehari.
Memang, melakukan perubahan ini merupakan satu perjuangan. 
Yang paling penting samada perubahan kite tu step by step or  skaligus, adalah dengan mohon kekuatan daripada Allah moga perubahan diri kita ni tidak ditarik balik.
Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.
“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…”
Read More...

Thursday, June 13, 2013

Benarkah Perasaan Itu?



Di saat kita jatuh cinta di usia remaja, marilah kita pastikan sekali lagi, apakah benar ini cinta? atau hanya perasaan kagum yang hadir secara tiba – tiba?
kita tidak mampu menahan kekaguman pada dia yang sangat cantik jelita, hensem dan kacak. Kita tidak mampu menahan dari berkata kepada dia, “cantiknya!” “hensemnya!”
Apakah ini hanya perasaan sesaat kita sahaja? Atau benar – benar cinta?
Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita sahaja. Kita yang masih muda, beranjak dari masa kanak – kanak kita, kemudian menduduki usia remaja dan sangat memungkinkan mengalami perasaan ini.
Mencuri – curi pandang jejaka di balik jendela, memandang dengan perasaan malu tapi mahu. Hanya sekadar kagum dan mencuba menjadi orang yang istimewa di hatinya.
Hanya ingin tahu siapa namanya, ingin sekadar hanya ingin tahu dimana rumahnya dan hanya  ingin bahagia saat melihatnya. Ini hanya sesaat sahaja, ini hanya cinta monyet.
Kita berasa ingin menjadi seperti orang lain, yang memiliki teman istimewa, sentiasa berSMS, berjalan berdua-duaan di pusat membeli belah atau keluar melihat wayang selepas pulang dari sekolah atau kuliah. kita ingin menjadi seperti itu.
Sebuah keinginan yang bukan kerana cinta, tetapi hanya sebuah ikut – ikutan. Definisinya pun kadang – kadang ramai diantara kita tidak tahu.
Teliti lagi, apa itu cinta? Atau ia hanya perasaan kita yang ingin mendapatkan perhatian? Selama ini kita kurang mendapatkan perhatian dari orang tua. Kita ingin dimanja, kita ingin diperhatikan dan dihargai sebagai seorang manusia.
Dicintai sepenuh hati, disayangi sepenuh kasih sayang dan dimanusiakan sebagai seorang manusia. Apakah perasaan itu yang mendominasi kita? Perasaan yang sangat manusiawi dan tidak perlu mencintai wanita cantik bila kita memerlukannya.
Kita seharusnya mencintai ibu bapa, yang akan memberikan segalanya kepada kita. Boleh jadi ini hanya sebelum ini kita tidak pernah melihat wanita cantik atau lelaki kacak.
Sehingga sekali melihatnya, kita terkena pesonanya. Kita tidak berkuasa menahan godaannya dan kemudian terbelit lantaran kecantikannya dan kekacakkannya.
Ini bukan cinta, ini hanya perasaan sementara sahaja.
Masa muda, hanya merasakan apa itu perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia, dengan cantiknya dia dan dengan apa yang dia miliki sekarang.
Bukan cinta, hanya tafsiran sahaja. ^_^

Read More...

Wednesday, June 12, 2013

Hati Perempuan Pada Seseorang



Perempuan, Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kamu tidak melihatnya.Kerana menangis dia dalam senyap.Menangis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kamu fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.
Dan kadang bila kamu mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kamu terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan menyimpan kata-katamu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu padamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.
Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.


Read More...