Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa stretch mark dan selulitmenjadi musuh utama bagi sebahagian wanita yang mementingkan penampilan diri.Apakah perbezaan bagi dua jenis masalah kulit ini? Mari kita lihat.
Punca
Stretch Mark
|
Selulit
|
| Kehadiran stretch mark adalah disebabkan kulit badan meregang terutamanya bagi wanita yang mengandung dan juga yang mengalami pertambahan berat badan. Bagi wanita mengandung, semakin besar kandungan maka makin besarlah regangan. | Selulit pula terjadi akibat pembentukan lemak dan air di bawah kulit yang bercantum dengan collagen di kawasan-kawasan tertentu badan. Kebiasaannya ia berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang dilakukan oleh seseorang individu. Selain daripada itu, ia juga berpunca dari keturunan di mana wanita yang kurus dan mengamalkan hidup yang sihat juga mengalami masalah selulit. |
Bentuk dan rupa
Stretch Mark
|
Selulit
|
| Stretch mark bermula dengan warna merah atau ungu
jalur-jalur pada kulit. Dan ia akan merebak seterusnya ke kawasan kulit
sekitar. Lama-kelamaan, tanda itu akan mula merekah dan berwarna terang
dan serap kedalam kulit. Bentuknya adalah jalur-jalur bergerigi. Berlaku disekitar : paha, perut, dada dan lapisan bawah lengan. |
Selulit pula adalah gabungan collagen yang memberikan
selulit itu berupa seperti cottage cheese yang sememangnya tidak
diingini dan digemari oleh ramai orang. Berlaku di sektiar: paha, punggung, tangan, betis dan torso atas. |
Rawatan
Stretch Mark
|
Selulit
|
| Cocoa butter Cocoa butter telah digunakan untuk mencegah terbentuknya stretch marks selama bertahun-tahun. Tetapi, ia tidak menunjukkan hasil yang lebih baik dan sekadar placebo dalam mencegah stretch marks. Retin-A Retin-A yang diserapkan merupakan krim yang pada mulanya dikembangkan untuk memerangi jerawat. Selama bertahun-tahun, penggunaannya mulai dikembangkan, termasuk untuk mengatasi keriput dan memperbaiki stretch marks. Selain daripada itu, ia boleh menimbulkan iritasi bagi wanita mengandung kerana krim tersebut berpotensi beracun bagi janin. Laser Prosedur laser menghilangkan stretch marks tanpa rasa sakit. Akan tetapi, kos nya amat mahal. |
Liposuction Ia adalah treatment untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan reoccur over time. Selain itu, terdapat juga remedies berikut: -Mesin Endermologie: ini banyak digunakan oleh beauty centers dan spa. Ia mengunakan roller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Again, its only a short term remedy. -Pil Pembentung (Blocker) Collagen. Theory: Less collagen maka kurang selulit? -Krim-krim dan lain lain |
Pencegahan
Stretch Mark
|
Selulit
|
| -Elakkan pengambilan minuman berkafein
dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya,
gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.
-Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar
-
Elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda
sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan
bertambah teruk.
|
-Melakukan diet seimbang: Elakkan minuman berkafein dan kurangkan pengambilan gula dan garam dalam pemakanan. -Melakukan senaman rutin di bahagian yang mengandungi selulit: Lakukan untuk memejalkan kulit dibahagian selulit. Contohnya terdapat selulit di bahagian kaki, lakukan senaman dengan mengangkat kaki. Baringkan badan, angkat kaki dan turunkan ia berselang-seli. -Minum air masak dengan kerap. |
Selamat mencuba!
☼ sumber ☼



No comments:
Post a Comment