Wednesday, May 29, 2013

~✿ Wanita Pertama Yang Syahid Di Lautan ✿~




Terdapat satu kisah yang menarik yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik. Ia berkenaan seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Cita-citanya luar biasa. Cita-cita itu menyerlahkan gah wanita pada awal perkembangan Islam.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW, menuju ke rumah Ummu Haram binti Milhan. Ummu Haram menyediakan makanan kepada Baginda dan duduk di sisi Baginda sehingga Baginda terlelap di rumah beliau. Dikatakan bahawa Ummu Haram merupakan ibu susuan Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW biasa bermalam di rumah Ummu Haram.

Tidak beberapa lama kemudian, Rasulullah SAW tersedar dan ketawa. Ummu Haram berasa hairan, lalu bertanya : “Apa yang membuatkanmu ketawa, wahai Rasulullah?”

“Allah dilihatkan sekelompok manusia daripada umatku kepadaku. Mereka berperang di jalan Allah dan berlayar di tengah-tengah lautan iaitu raja-raja atas pasukannya atau laksana para raja yang memimpin pasukannya.”

Ummu Haram yang takjub mendengarnya, tiba-tiba mendambakan sesuatu. Dambaannya itu disuarakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, doakanlah agar aku termasuk dalam kalangan mereka.” Rupa-rupanya Ummu Haram ingin berperang di jalan Allah.


Rasulullah SAW mengangguk sambil mendoakan Ummu Haram agar impiannya menjadi kenyataan, kemudian menyambung tidurnya. Tidak beberapa lama kemudian, Rasulullah SAW tersedar kembali dan tertawa. Ummu Haram yang melihat gelagat itu tertawa lagi dan bertanyakan sebabnya.

Rasulullah SAW menjawab maksudnya: “Allah perlihatkan sekelompok manusia daripada umatku kepadaku. Mereka berperang di jalan Allah dan berlayar di tengah lautan.” Sama seperti sebab sebelumnya.

“Doakanlah agar aku termasuk dalam kalangan mereka wahai Rasulullah.” pinta Ummu Haram beria-ia.

Rasulullah SAW seterusnya bersabda yang bermaksud: “Engkau termasuk dalam golongan yang mula-mula.”

Menurut Anas bin Malik, Ummu Haram kemudiannya keluar berperang bersama-sama suaminya ‘Ubadah bin al-Samit. Ketika sedang menunggang seekor binatang, dia tercampak ke laut dan meninggal dunia. Ummu Haram diiktiraf syahid dan merupakan wanita pertama yang syahid di lautan. Apa tidaknya, itulah cita-cita agungnya.


Subhanallah...
Read More...

Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita



Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Sumber
Read More...

Sifat pompuan yang membuatkan lelaki meluat



Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!

1. Angkuh & Materialistik


Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.

2. Pasif Luar Biasa


Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.

3. Queen Control


Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!


4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri


“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.

5. Membebel &Mengeluh


Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.


6. Terlebih Berdandan


Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.

7. Bercerita Tentang Lelaki Lain


Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.

# Yeke? Mungkin ade benarnya :)
Read More...

Menambah Ketinggian Secara Semula Jadi



Tubuh yang tinggi lampai tentu menjadi dambaan setiap orang. Kadar pertambahan ketinggian sesorang adalah berbeza dan kita perlu tahu beberapa perkara iaitu faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang kita perlu lakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi.
Faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan atau ketinggian seseorang
1. Cukup Gizi.
Pastikan kita mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.
2. Faktor Keturunan
Ini juga dapat menentukan tinggi seseorang. Orang tua yang memiliki ketinggian badan yang ideal memberikan potensi untuk memiliki anak yang juga mempunyai tinggi yang ideal.
3. Hormon
Hormon pertumbuhan berfungsi untuk merangsang pertumbuhan tulang. Hormon tiroid diperlukan untuk melancarkan proses metabolisma tubuh. Hormon seks, yang terdiri dari hormon estrogen, progesteron dan androgen, bertugas dalam proses pematangan seksual.
Masalah kurang ketinggian yang kadang kadang boleh menjadikan kita kurang keyakinan dan tidak selesa berada di khalayak ramai. Mungkin ada yang tidak kisah dengan tinggi mereka, ada yang merasakan mereka lebih comel kalau tidak cukup tinggi. Dan untuk yang ingin mengatasi masalah tidak cukup tinggi mereka sebenarnya boleh mencuba senaman yang betul yang mampu meransang pertumbuhan badan kita.
Senaman yang boleh dilakukan untuk meransang kadar pertumbuhan:
1. Stretching
Gerakan meregangkan badan. Sehingga otot dan tulang-tulang punggung tertarik. Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif maka dapat membantu merangsang penambahan ketinggian.
2. Standing Forward Bend
Gerakan yang mudah tetapi sebenarnya sangat efektif dan  ini juga merupakan salah satu  cara yang bagus untuk berehat dan merangsang tulang belakang.
3. Downward Facing Dog
Juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana, ini merupakan salah satu gerakan dari senaman yoga dan ianya adalah satu cara yang bagus untuk menambah tinggi melalui peregangan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda.
4. Head to Knee
Kedudukan seperti ini  dipanggil Janu Shirshasana dalam istilah yoga ianya cara  merupakan cara yang bagus untuk tulang punggung dan meregangkan otot paha belakang (hamstring) anda.
Pastikan tulang belakang anda tetap lurus  untuk mendapatkan kesan yang bagus daripada latihan.
5. Swimming
Semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
6. Hanging
Salah satu halangan  terbesar  untuk menjadi lebih tinggi adalah graviti.  Kita menghabiskan sebahagian besar hari anda dalam tegak atau kedudukan menegak. Semua graviti sepanjang hari telah memampatkan tulang punggung dan sendi,  serta menipiskan tulang rawan dan menjadikan kita lebih pendek.
Semasa bersenam, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita Ini adalah hormon yang kompleks yang meransang  tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.
Jadi sesiapa yang rasa nak sangat meninggi boleh lah cuba senaman senaman ini. Mungkin cara ini tidak berkesan kepada semua sebab badan manusia sangat berbeza tapi tak salah kalau nak cuba. :)

Read More...