Monday, November 19, 2012
Apakah Kaitan Pemakanan dengan Jerawat
Mesti kita semua pernah mengalami masalah jerawat ataupun ada yang sedang mengalami masalah ini. Kulit yang berminyak selalunya lebih mudah untuk di tumbuhi jerawat. Ada kaitankah dengan cara pemakanan kita? Mari lihat.
Tak cukup minum air kosong
Ini amat penting untuk sistem badan kerana ia dapat membersihkan pori muka dan mengelakkan daripada jerawat tumbuh. Minumlah air 6 hingga 8 gelas sehari.
Makanan manis
Makanan yang mengandungi peratusan gula yang tinggi boleh menyebabkan keradangan jika di ambil secara berlebihan. Kurangkan minuman soda, gula-gula manisan dan produk berasaskan gula.
Daging merah
Selepas memakan daging merah, badan kita akan menghasilkan bahan yang boleh meransang pengeluaran minyak dan keradangan. Ia juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser, jerawat, dan lain-lain. Kurangkan pengambilan daging merah seperti lembu, kambing dan juga daging di proses seperti sosej dan sebagainya.
Bahan tenusu
Makanan berasaskan tenusu mempunyai hormon yang boleh menukar fungsi sistem endoktrin. Kesan perubahan hormon ini boleh meransang pengeluaran minyak yang berlebihan dan seterusnya boleh memerangkap debu kotoran dan sel kulit mati di dalam pori.
☼ sumber ☼
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment