Monday, November 19, 2012

Tips Pemakanan Sihat Bagi Vegetarian






Diet vegetarian yang terancang adalah cara yang sihat untuk memenuhi keperluan pemakanan anda. Ianya dapat memenuhi keperluan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak, remaja dan wanita hamil atau menyusu. Tetapi, Vegetarian haruslah mempunyai pemahaman tentang keperluan makanan supaya dapat memenuhi keperluan nutrisidalam badan.

Protein
Kepentingan protein dalam badan dapat membantu untuk proses pertumbuhan untuk membesar secara sihat dan cergas. Mudah didapati daripada makanan yang berasaskan tumbuhan juga. Bagi si vegetarian, sumber protein yang mereka dapat perolehi adalah dari jenis makanan kekacang, mentega kacang, dan produk soya (tauhu, tempe, veggie gurger). Produk susu dan juga telur pula merupakan sumber protein yang baik untuk vegetarian lacto-oco.

Zat besi
Besi berfungsi terutamanya sebagai pembawa oksigen dalam darah. Ianya penting di dalam proses pengaliran darah yang baik untuk badan. Sumber besi yang mudah didapati bagi vegetarian ialah bayam, kacang ginjal, kacang hitam bermata, lentil, sayur-sayuran lobak, roti gandum, kacang, dan beberapa buah-buahan kering (aprikot kering, prun, kismis).

Calcium
Sumber kalsium amat penting bagi mengekalkan kekuatan tulang serta mengelakkan kerapuhan gigi. Bagi vegetarian lacto, produk susuadalah sumber kalsium yang sangat baik . Selain daripada itu, vegetarian dan vegan juga boleh memperolehi kalsium dari bijirin sarapan yang dperkaya kalsium, jus oren, tauhu yang juga diperbuat dari kasum sulfat, dan beberapa sayur-sayuran berdaun hijau gelap (Collard hijau, lobak hijau, bok choy, sawi)

Zink
Zink adalah perlu untuk tindak balas biokimia dan juga membantu fungsi sistem imun dengan betul. Sumber zink untuk vegetarian dan vegan termasuk pelbagai jenis kacang (kacang putih, kacang ginjal, dan kacangkuda), bijirin sarapan diperkaya zink, germa gandum, dan biji labu. Bagi vegetarian lacto pula, produk susu adalah sumber zink bagi mereka.

Vitamin B12
Vitamin B12 kebiasaannya didapati dalam produk haiwan dan beberapa makanan yang diperkayakan. Bagi vegetarian, sumber vitamin B12 bolehdidapat dalam produk susu, telur, dan makanan yang telah diperkayakan denganvitamin B12. Ini termasuk bijirin sarapan, susu soya, burger veggie, dan yis pemakanan.


sumber : kevinzahri.com

No comments:

Post a Comment