Terdapat banyak supplemen tambahan di pasaran yang memberi janji-janji
manis untuk menurunkan berat badan dengan hanya memakan atau menggunakan
supplemen tersebut. Banyak tuntutan yang diberikan seperti
'meningkatkan metabolisme anda', 'membantu membendung selera anda',
'tiada sekatan untuk makan', dan 'tanpa perlu bersenam'. Jika dilihat
sendiri dengan definisi supplemen iaitu memenuhi atau menguatkan sesuatu
bahagian dan berfungsi untuk menambah keperluan zat. Jadi, bandingkan
definisi dan tuntutan yang diberikan pengeluar supplemen yang berada di
pasaran ini.
Malangnya, ramai orang masih keliru dengan pernyataan yang diberikan tanpa membuat penyelidikan tentang sesuatu produk atau supplemen yang hendak digunakan. Tiada cara ajaib untuk menurunkan berat badan selain membuat diet seimbang serta mengurangkan kalori pemakanan atau menambah jumlah pengeluaran kalori dengan melakukan aktviti yang sihat dan bersukan. Supplemen hanyalah keperluan tambahan untuk memenuhi zat-zat tambahan dalam badan dan bukan untuk menurunkan berat badan seseorang.
Kesan pengambilan tidak terkawal
Malah, pengambilan supplemen yang tidak terkawal boleh membawa kepada kesan sampingan yang akhirnya merosakkan sistem saraf dalam badan.
Duromine Bahan aktif ( Phentermine): ubat kurus untuk menurunkan berat badan. Boleh menyebabkan hilang selera makan dan pusat saraf pada otak dimatikan. Selain daripada itu, menyebabkan tekanan emosi, jantung cepat berdenyut, bibir kering,masalah jantung, muntah dan mengantuk.
Ubat Julan – Dulcolex: Menyebabkan kerosakan yang kekal di usus dan akan mengalami sembelit jika berhenti mengambilnya.
Frusemide: Kekeringan cecair badan dan kekurangan
Kalium: Sebabkan kekejangan dan sakit jantung.
Metformin: Penurunan paras gula yang mendadak dalam darah:pengsan, koma, kematian
Hypoglycemia: Kekurangan gula yang ketara dalam darah. Ianya boleh menyebabkan kancing gigi/sawan dan kematian secara mengejut.
Kebenarannya
• Supplemen banyak membuat dakwaan tidak berasas dan tidak benar; sentiasa ragu-ragu tentang apa-apa tuntutan dibuat. Contohnya, suplemen multi-vitamin. Jika seseorang kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan seseorang naik. Jadi pastikan kita mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
• Supplemen perlu sentiasa diambil dengan diet kalori terkawal dan aktiviti fizikal - mungkin hanya diet dan aktiviti fizikal akan menjadi tempat yang baik untuk memulakan.
• Supplemen boleh menjadi benar-benar mahal. Oleh itu, idea yang lebih baik adalah berbelanja lebih pada makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dan makanan berkanji. Contohnya, Herbalife adalah supplemen makanan pengganti. Walaupun ia dapat memberikan kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, tapi ia mahal.
Akhirnya, jangan terlalu serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen. Kenapa perlu membazirkan wang ringgit untuk mendapatkan makanan tambahan sedangkan kita boleh memperolehinya dengan lebih murah dan berkhasiat. Oleh itu, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik ialah makan dengan cara sihat.

sumber : kevinzahri.com

No comments:
Post a Comment