Saturday, November 24, 2012

Hormon boleh menggemukkan.






Hormon boleh menggemukkan?

Apa sebenarnya hormon? Untuk mudah difahami, hormon adalah sejenis bahan kimia yang dibuat dalam badan yang turut memberi kesan pada bahagian badan yang lain. Hampir kesemua aspek fisiologi kita dikawal oleh hormon seperti emosi, selera makan dan juga metabolisma. Hormon yang tak seimbang boleh membawa kepada pertambahan berat badan atau penurunan berat badan.
Apa hormon yang boleh menggemukkan?

Estrogen
• Hormon ini terhasil dalam ovari pada wanita dan berperanan penting untuk ovulasi
• Penurunan tahap estrogen boleh menyebabkan pertambahan berat badan

Progesteron
• Hormon ini juga terhasil daripada ovari
• Memberi kesan secara tidak langsung kepada penambahan berat badan
• Hormon ini membantu menangani retensi air dalam badan disebabkan kadar estrogen yang tinggi
• Kadar progesteron yang rendah akan menyebabkan retensi air dalam badan sekaligus mengakibatkan pertambahan berat badan

Testosteron
• Hormon ini wujud untuk lelaki dan juga wanita bagi pembinaan otot
• Kadar testosteron yang rendah akan menyebabkan kehilangan tisu otot dan sekaligus melambatkan kadar metabolisma
• Secara mudah, kurangnya kadar testosteron akan menyebabkan kenaikan berat badan

Androgen
• Hormon yang wujud untuk wanita dan juga lelaki.
• Peningkatan kadar androgen boleh mengakibatkan pemendapan lemak di sekitar abdomen.

Insulin
• Daya tahan insuli selalu terjadi untuk wanita yang menghampiri menopous
• Kesannya badan akan menukar setiap kalori yang di ambil menjadi lemak

Badan kita memerlukan hormon untuk perjalanan aktiviti seharian tetapi kekurangan atau berlebihan kadar hormon akan mengakibatkan masalah kesihatan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan pertambahan berat badan juga kehilangan berat badan. Jadi, kekalkan hormon yang seimbang dengan mengambil makanan yang bernutrisi dan sentiasa aktif!


▀sumber :  kevinzahri.com ▀

No comments:

Post a Comment